Perbezaan Antara Kos Langsung dan Kos Tidak Langsung

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Di dalam "PENYATA UNTUNG RUGI", saya ada menerangkan secara ringkas berkenaan item di dalamnya iaitu KOS JUALAN dan BELANJA. Posting ini saya akan memberikan beberapa contoh untuk meningkatkan kefahaman berkenaan kedua-dua item tersebut.




KOS JUALAN

Kos Jualan adalah kos yang terlibat secara langsung dalam menghasilkan jualan, jika ianya tiada jualan tidak boleh dilakukan. Ianya berbeza mengikut jenis perniagaan yang anda jalankan. Apabila jualan meningkat secara langsung Kos Jualan juga akan meningkat.

Lihat contoh yang diterangkan di bawah mengkiut jenis perniagaan.

KLINIK - Kos Jualan klinik adalah ubat-ubatan dan alatan kecil semasa operasi memeriksa pesakit.

RESTORAN - Kos Jualan terdiri daripada bahan mentah untuk digunakan bagi menghasilkan lauk pauk seperti Ikan, daging, ayam, sayur, bawang dan sebagainya. 

STESYEN MINYAK - Kos Jualannya adalah minyak ron 95, 97, diesel dan barang-barang di jualan yang ada di dalam kedai.


BELANJA

Belanja merupakan kos yang tidak berkaitan secara langsung dalam menghasilkan jualan. Walaupun tiada jualan, kos-kos ini tetap perlu dibayar. Belanja-belanja biasanya dalam kadar yang tetap dan perlu dibayar setiap bulan. Ianya juga dikenali sebagai kos overhead syarikat. Ini yang kita perlu pantau supaya tidak terlalu tinggi hingga menjejaskan keupayaan perniagaan untuk beroperasi dengan lebih baik.

Belanja yang dimaksudkan adalah:

  1. Bil Telefon
  2. Gaji Pekerja
  3. Bil Air
  4. Bil Elektrik
  5. Belanja Penyelenggaran
  6. Caj Bank
  7. Belanja Alat Tulis
  8. Macam-macam lagi

Apakah senarai Kos Jualan anda? Nyatakan aktiviti perniagaan yang anda jalankan untuk kita sama-sama semak.


Semoga Bermanfaat!

Post a Comment

0 Comments