Apa itu GST

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah.. Assalammualaikum..



Pada 27 Ogos lepas saya ada menghadiri satu taklimat GST oleh pihak KASTAM dan Akauntan Bertauliah. Banyak ilmu yang saya dapat walaupun bisnes saya masih belum perlu daftar GST. Tapi yang pasti kebanyakkan klien Amani Management Services akan terkena tempiasnya. 

Kena fahami betul-betul dahulu sebelum membuat keputusan untuk TIDAK atau MAHU mendaftar GST. Saya bukan bercakap atas dasar saya PRO kerajaan atau tidak. Tetapi saya bercakap setelah tahu kesan, jika anda tidak mendaftar. 

Sebagai usahawan di mana-mana pelosok dunia kita kena sentiasa bersedia untuk berubah dan menyesuaikan diri dalam setiap situasi yang bakal berlaku terutama sekali yang di luar bidang kuasa kita. Di sini, saya akan kongsikan serba sedikit berkenaan GST secara santai. Insya-Allah.

APA ITU GST?
Goods & Service Tax (GST) atau dalam Bahasa Malaysia adalah Cukai Barang & Perkhidmatan adalah cukai yang bakal dilaksanakan pada April 2015 bagi menggantikan Akta Cukai Jualan & Cukai Perkhidmatan, 1972 & 1975. Akta Cukai Barang & Perkhidmatan (CBP) diselaraskan dengan kadar 6% manakala dahulunya Akta  Cukai Jualan (1972) adalah 5% - 10% & Akta Cukai Perkhidmatan 1975 di dalam kadar 6%.

KATEGORI GST
1. Zero Rated - Pembeli tidak perlu membayar GST
2. Exempted - Pembeli dikecualikan dari membayar GST
3. Standard - GST dikenakan 6%

ZERO RATED
  • Semua bahan makanan asas 
  • Barangan dan perkhidmatan yang dieksport

Pengilang, pembekal dan peruncit berhak "claim" kembali GST yang dibayar ketika aktiviti perniagaan berlangsung.
Pembeli TIDAK perlu membayar GST 6%

EXEMPTED SUPPLY

  • Perkhidmatan Kesihatan
  • Perkhidmatan Pendidikan
  • Perkhidmatan Pengangkutan
  • Tol
  • Rumah
  • Perkhidmatan Perbankan

Pembekal berhak "CLAIM" kembali GST yang dibayar.
Pemberi perkhidmatan TIDAK berhak "CLAIM" GST
Pembeli TIDAK perlu membayar GST 6%

STANDARD


Semua barangan dan perkhidmatan yang tidak tergolong dalam kedua-dua kategori di atas.

Pengilang, pembekal dan peruncit berhak "claim" kembali GST yang dibayar ketika aktiviti perniagaan berlangsung.
Pembeli perlu membayar GST 6%

ALIRAN KUTIPAN GST




Harapan saya agar GST ini tidak membebankan Rakyat Marhaen kerana secara dasarnya pembekal, pengilang dan peruncit mempunyai kuasa yang besar dalam menentukan keadaan pasaran masa hadapan.

Insya-Allah banyak lagi info berkenaan GST saya akan kongsikan dengan lebih santai. Nantikan penulisan saya seterusnya.

Semoga Bermanfaat!


Post a comment

0 Comments