MITOS-MITOS CUKAI

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Melalui posting kali ini saya kongsikan MITOS-MITOS CUKAI. 
Ini biasanya anda dengar dari khabar angin di luar sana. Bila saya kata mitos maksudnya ianya salah dan tentunya tidak betul. Jom kita lihat.




Untung ke rugi ke, anda tetap kena isytihar cukai. Apabila bisnes anda berdaftar dengan SSM, automatik anda menerima lebih dari 2 Akta untuk dipatuhi iaitu Akta Cukai Pendapatan, Akta Pendafataran Perniagaan & Akta Milikan Tunggal atau Akta Perkongsian.

Jadi, untung atau rugi isytihar borang cukai. Okay? ^_^




Walaupun sebagai pemilik perniagaan anda layak tuntut manfaat zakat sehingga 100%, anda tetap perlu hantar borang cukai. Kesalahan mengikut Akta Cukai Pendapatan adalah untuk DUA kesalahan iaitu kesalahan tidak menghantar borang dan kesalahan tidak membayar cukai.


Kecil ke besar nama anda sudah termatub di dalam senarai menunggu SSM. Maka bila-bila masa LHDN boleh membuat audit ke premis anda. Biarpun mula kecil tapi pastikan anda urus perniagaan anda dengan gaya korporat.





Semoga bermanfaat!






Post a Comment

0 Comments