Asas Akaun - Catatan BERGU

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Dalam perakaunan ada beberapa perkara asas yang anda perlu tahu. Ianya perlu bagi pastikan rekod anda adalah tepat dan betul. Oleh itu, di sini saya akan kongsikan beberapa catatan bergu atau "double-entry" untuk transaksi yang biasa.

  1. Transaksi belian secara kredit
  2. Transaksi jualan secara kredit
  3. Transaksi bank
  4. Transaksi tunai

Belian secara kredit adalah apabila anda membeli barangan dari pembekal dalam kuantiti borong dan diberi keistimewaan kredit biasanya 30 hari atau 60 hari. 
Situasi - En Ali membeli stok dari Ramlan Ent berjumlah RM30000 dengan terma kredit 60 hari.
Catatan Bergu: 

Dr Belian RM30000.00
                     Cr Pemiutang - Ramlan Ent RM30000.00


Jualan secara kredit pula adalah apabila anda pula memberi keistimewaan kredit kepada pelanggan tetap anda.

Situasi - En Ali menyiapkan baju kurung untuk 300 pelajar Sekolah Teknik Kulim, bernilai RM6000 secara kredit 30 hari.
Catatan Bergu: 

Dr Penghutang- Sekolah Teknik Kulim RM6000.00
                      Cr Jualan                                        RM6000.00

Transaksi bank boleh berlaku 2 cara, iaitu samaada penerimaan atau pembayaran wang.
Situasi: En Ali membayar sewa kilang RM2000 kepada Pemilik Kilang setiap awal bulan.
Catatan Bergu: 

Dr Sewa Kilang      RM2000.00
                      Cr Bank/Tunai                           RM2000.00

Situasi: En Ali menerima pembayaran dari Sekolah Teknik Kulim atas tempahan 30 baju kurung tersebut berjumlah RM6000.00
Catatan Bergu: 

Dr Bank/Tunai              RM6000.00
                      Cr Penghutang - 
                          Sekolah Teknik Kulim                 RM6000.00

Transaksi tunai adalah sama cara merekod dengan bank. 

Cuma anda perlu pastikan samaada wang tersebut diterima atau dibelanjakan secara tunai atau cek.


Semoga bermanfaat!


Post a Comment

0 Comments