Waktu Puncak Orang Bisnes

Teks: Hazwani Abd Hamid







Bismillah.. Assalammualaikum..

Bertemu kembali setelah saya kembali menyepi. Jika anda nak tahu, antara bulan Jan hingga Jun merupakan hari paling sibuk atau waktu puncak sedunia bagi juruakaun dan juga juruaudit :) Mengapa? Kerana kebanyakkan syarikat Sdn Bhd di Malaysia mempunyai tarikh tutup akaun yang sama iaitu 31 Disember tiap-tiap tahun. Hanya segelintir sahaja yang tutup pada bulan-bulan yang lain.

Mengapa perlu kejar tarikh hingga Jun? Sebab syarikat Sdn Bhd perlu melaporkan penyata kewangan yang telah diaudit kepada SSM dan LHDN. Jika tidak, kesemua pengarah syarikat dan syarikat itu sendiri akan dikenakan penalti dan saman atas kesalahan tersebut.

Bagaimana pula dengan syarikat milikan tunggal & perkongsian? Pemilik juga bertanggungjawab untuk melaporkan kedudukan kewangan kepada LHDN setiap tahun sebelum 30 Jun bagi mengelakkan tindakan yang sama. Tetapi bezanya, laporan kewangan mereka tidak perlu diaudit.


Oleh sebab itulah, sedikit sebanyak kita perlu kaji dan pelajari undang-undang dan peraturan kerajaan setempat di mana kita menjalankan operasi perniagaan. Mana tau, ada rezeki untuk kita lebarkan pengaruh ke seluruh dunia. Ini adalah perkara pertama yang kita perlu belajar.. :)

Berikut, adalah tarikh-tarikh penting untk orang bisnes:

  • Form B sebelum 30 June 
  • Form P sebelum 30 June (Perkongsian)
  • Form BE sebelum 30 April (Berpendapatan RM2500 ke atas)
  • Form C & R sebelum 30 June (untuk syarikat yang tutup akaun Disember)
Ingat tarikh-tarikh ini dan hantar borang sebelum tarikh tutup untuk elakkan penalti dan faedah lewat bayar!


Semoga Bermanfaat!




Post a comment

0 Comments