Duit Syarikat ke Duit Saya

Teks: Hazwani Abd Hamid


Bismillah.. Assalammualaikum..

 Foto: 3.bp.blogspot.com

Dalam perniagaan, di bawah label Sdn Bhd, perkara yang paling penting adalah untuk membezakan antara wang syarikat dan wang peribadi

Jika mengikut terma perakaunan, syarikat dan pemilik adalah dua entiti yang berbeza, yang dikenali sebagai KONSEP ENTITI BERASINGAN. Apa maksud Entiti Berasingan?

Pengarah syarikat Sdn Bhd, tidak boleh mengambil wang syarikat untuk belanja peribadi melainkan ianya perlu di catat dalam akaun sebagai pinjaman pengarah. Pengarah hanya berhak mengambil gaji dan elaun yang telah ditetapkan semasa Mesyuarat Lembaga Pengarah sahaja.

Berbeza pula dengan pemilik tunggal. Di mana, penggunaan duit oleh pemilik tunggal untuk urusan peribadi di kategorikan sebagai Ambilan. Ambilan hanya akan mengurangkan modal sahaja dan pemilik tidak perlu membayar kembali duit yang di ambil.

Di sini, saya ada menjelaskan dua situasi dan cara-cara merekod urusniaga berkenaan dengan betul:

SITUASI 1:

En Ali merupakan pemegang saham Syarikat Ali Baba Sdn Bhd. Setiap bulan beliau akan mengambil sejumlah wang RM5000 untuk membayar yuran persekolahan anaknya. 

Catatan Akaun:

Debit    Pinjaman kepada Pengarah (Aset Semasa)        RM5,000.00
Kredit                        Bank (Aset Semasa)                                        RM5,000.00     

Kesannya, syarikat memberi pendahuluan kepada En Ali maka beliau bertanggungjawab untuk membayarnya kembali.

SITUASI 2: 

En Abu adalah pemilik Kedai Motor Abu. Setiap bulan, beliau mengambil RM2000 untuk membayar sewa rumahnya

Debit                   Ambilan (Ekuiti Pemilik)                 RM2,000.00
Kredit                                Bank (Aset Semasa)                                RM2,000.00



Semoga Bermanfaat!



Post a Comment

0 Comments