DAPAT CP500 DARI LHDN. APA NAK BUAT?

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah. Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Bulan ini sudah mula ramai pemilik bisnes Enterprise terima surat CP500 daripada LHDN. Relax, relax jangan takut. Jom kita ambil tahu, apa nak buat bila dapat surat khas tersebut.

Pertama sekali, buka surat tersebut, jangan peram! 

CP500 ini adalah penyata ansuran cukai untuk tahun semasa. Maknanya, LHDN siapkan penyata ansuran, cukai yang bakal dikenakan untuk tahun ini yang kita bakal declare tahun hadapan.

Mereka dapat angka anggaran ini daripada borang cukai yang pernah kita hantar pada mereka.

Bila ada penyata ansuran ini, anda tidak akan rasa terbeban untuk bayar cukai sekaligus tahun hadapan nanti. Contohnya, jika amaun ansuran yang telah dibayar adalah RM5,000 dan tahun hadapan akan dikenakan cukai RM5,700, anda hanya perlu membayar baki RM700 sahaja.

Boleh ke, jika kita tidak setuju dengan amaun yang dianggarkan?

Anda boleh buat pindaan untuk mengurangkan atau menambah ansuran cukai tersebut menggunakan Borang CP502. Tapi, hati-hati! kalau terlebih kurang silap haribulan, penalti pula nanti.

Takpe kalau bayar lebih sebab LHDN akan "refund" baki cukai tersebut. 

Follow step di bawah untuk cara buat pembayaran CP500

LANGKAH PERTAMA: Akses ke portal mytax


LANGKAH KEDUA: Pergi ke "Perkhidmatan ezHasil" dan klik e-Billing



LANGKAH KETIGA: Paparan bil akan keluar




Kemudian, anda tick ansuran yang anda mahu buat pembayaran dan ikuti arahan seterusnya untuk urusan perbankan sehingga selesai.


Anda belum terima CP500?
Mungkin anda tidak terpilih untuk ada ansuran cukai.

Tapi anda boleh semak di mytax untuk pastikan.

Macam biasa, log masuk ke mytax dan klik "Status My Tax"



Kemudian, anda klik CP500 dan penyata ansuran akan muncul jika ada




Moga bermanfaat!

Post a Comment

0 Comments