Bismillah.. Assalammualaikum. Salam Sejahtera
Jika amaun dibayar adalah RM12,830.40
Siapa ada main fbads, tiktokads?
Anda kena bayar cukai pegangan atau lebih dikenali sebagai Witholding Tax (WHT)
Ini panduan bergambar step by step untuk rujukan anda
PERTAMA: Sediakan salinan Invoice dari facebook atau tiktok
KEDUA: Log in ke mytax anda macam biasa
KETIGA: Klik ke "Perkhidmatan ezHasil" dan pilih e-WHT
KEEMPAT: Klik Borang - CP37
KELIMA: Isi maklumat di sini selengkapnya
KEENAM: Bahagian A
Isi maklumat anda sebagai pembayar cukai
KETUJUH: Bahagian B
Isi maklumat fb/tiktok
KELAPAN: Bahagian C
Isi maklumat berkaitan royalti berdasarkan kepada Invois yang anda terima
Amaun bersih dibayar hendaklah sama amaun seperti di Invois asal
Maka, amaun kasar adalah RM13,946.09 (RM12,830.40/92%)
(Jika, kadar royalti 8%)
Amaun potongan anda dikira secara automatik
Kemudian, klik butang "Hantar" dan buat janaan nombor bil. Selesai urusan anda untuk menghantar Borang CP37.
Cukup masa, anda boleh buat pembayaran melalui MyTax. Klik "Perkhidmatan EzHasil" dan klik "e-Billing"
Moga bermanfaat!
0 Comments