Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah.. Assalammualaikum. Salam Sejahtera
Soalan ini ramai yang tanya saya, jom saya jawab.
Untuk jawapan pendek, boleh ke? Saya jawab yes boleh terutama sekali bisnes ENTERPRISE.
Kenapa boleh?
Sebab tidak semua bisnes owner kecil mampu upah akauntan dan tax agent dengan kos upah RM2K setahun.
Jadi kalau tidak mampu boleh buat sendiri?
Ye boleh tapi dengan syarat kena ada ilmu. Jangan isi borang cukai semberono sebab bukan bidang kita, jadi kena belajar walaupun hanya untuk isi borang cukai.
Mana better isi sendiri atau upah tax agent?
Ada pro dan kontra dan sebagai bisnes owner semua itu anda perlu pertimbangkan. Yang baiknya adalah, bila upah orang bermakna satu beban kita dah ringan sebab ada yang uruskan hal cukai bisnes bagi pihak kita.
Kita bayar RM2ribu ke RM3ribu setahun, bagi dokumen dan mereka akan uruskan sampai selesai. Macam senang kan? Itu kalau tiada isu, semuanya PERFECT
Tapi kalau ada isu, LHDN akan hubungi bisnes owner sendiri untuk menjawab segala "audit query". Jadi mahu atau tidak kena ada ilmu akaun dan cukai juga.
Yang bagusnya adalah bila anda ada ilmu akaun cukai, dan dalam masa yang sama upah tax agent. Semak segala maklumat yang disiapkan oleh mereka sebelum setuju untuk hantar e-filing, supaya boleh minimakan kesilapan.
Semua bisnes boleh declare sendiri?
Bergantung kepada nature of business anda, jika transaksi bisnes anda straight forward lagi senang untuk anda declare sendiri sebab mudah untuk gunakan trick cukai halal untuk kurangkan cukai. Tetapi kalau business nature anda complicated adalah lebih baik ambil nasihat dari professional terus.
Moga bermanfaat!
0 Comments