Sekarang ni semakin ramai yang memulakan bisnes, lagi-lagi bisnes online. Ada surirumah yang buat live tiktok. Ada bekerja sambil tu berniaga. Bila berniaga, kita mula ada income, bila ada income, kita sudah mula ada impian untuk beli kereta dan rumah
Tapi, kalau cara yang salah, income besar pun susah kita nak capai impian. Ambil tahu 5 perkara ini jadikan impian anda satu realiti
1. Pastikan perniagaan anda didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Pendaftaran ni boleh dibuat secara online melalui portal ssm ezbiz. Boleh tengok tutorial yang team saya buat >> TEKAN SINI <<
2. Kemudian, mula susun dan simpan bil invois resit berkaitan bisnes. Biasanya kita panggil dokumen bisnes, resit-resit ini kita perlu untuk membuktikan adanya urusniaga bisnes yang berjalan, sekaligus mengelakkan kita terkurang bayar cukai
3. Rekod duit keluar masuk hingga dapat minimum dua laporan kewangan ini. Laporan untung rugi dan kunci kira-kira. Sekarang ada banyak template dan software yang boleh bantu anda hasilkan keduanya dengan sangat mudah
4. Tidak culas hantar borang cukai setiap tahun. Apa yang kita rekod, setiap jualan dan perbelanjaan kita perlu kita isytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Dengan cara yang bagaimana? Isi borang cukai melalui e-filing di >> PORTAL MY TAX <<
5. Jangan boros gunakan duit tunai kepada perkara-perkara yang tidak meningkatkan produktiviti bisnes anda. Mulakan dengan tambah saving anda di Tabung Haji, Amanah Saham atau Fixed Deposit kerana ini akan meningkatkan lagi peluang untuk anda miliki rumah dan kereta impian
Dengan borang cukai yang anda hantar ianya boleh menjadi dokumen sokongan untuk pihak bank luluskan permohonan anda untuk memiliki rumah dan kereta idaman, InsyaAllah.
Moga bermanfaat!
0 Comments