Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah.. Assalammualaikum. Salam Sejahtera
Sejak dua menjak ini kecoh berkenaan e-invoicing yang diperkenalkan oleh LHDN untuk mula dikuatkuasakan penuh pada Julai 2025 nanti
Garis pelaksanaan e-invoicing adalah seperti berikut:
Sebagai peniaga kecil sudah tentu perkara baru ini sedikit sebanyak merungsingkan anda. Lebih-lebih lagi apabila maklumat yang bersifat "marhaen" sukar untuk didapati.
Secara ringkas di dalam laman web LHDN dilukiskan flow e-ivoicing secara menyeluruh dan saya pasti akan ada 1001 soalan selepas anda melihat gambarajah ini
Sama seperti kita di zaman GST, perkara baru bagi pemilik bisnes tapi kita jalan ikut apa yang kita fahami. Lagipun sebelum e-invoicing ini dijalankan sepenuhnya, pelaksaaan percubaan ini dilakukan oleh syarikat-syarikat besar yang lain
Antara ringkasan maklumat yang saya boleh kongsikan adalah 5 perkara utama berikut:
1. Setiap jualan syarikat perlu melalui e-invoicing dahulu sebelum diserahkan kepada pelanggan. Bagi sesetengah kategori bisnes, anda boleh menghantar invoice berkelompok
2. Ada 2 pilihan untuk menghantar e-invoicing samada melalui MyInvois Portal atau API iaitu dari service provider software anda
Normal apabila berlaku perubahan baru, software perlu dikemaskini dan anda akan dicaj untuk menggunakan software yang terkini.
Manakala MyInvois Portal pula disediakan oleh LHDN dan ianya percuma, tetapi kecekapan dan kepantasan portal masih belum diketahui

3. Jadi maknanya, anda kena pastikan apa yang anda hantar di e-invoicing sama dengan apa yang anda declare masa hantar borang cukai tahun berikutnya
4. Bukan bila nak keluarkan invois sahaja kita gunakan e-invoicing tapi bila kita keluarkan Credit Note, Debit Note & Refund Note
5. Semua kategori bisnes akan terlibat dengan e-invoicing tanpa ada satu pun terkecuali
Yang penting jangan risau dan teruskan gali ilmu tentang e-invoicing sebelum mula dilaksanakan. Apa yang boleh kita buat sekarang? Mula urus bisnes dan dokumen dengan cara yang betul, terutama dari segi SOP

Moga bermanfaat!
0 Comments