Nak tubuhkan Sdn Bhd? 5 persediaan ini, anda perlu lakukan



Teks: Hazwani Abd Hamid

Hanya dengan mendaftarkan syarikat, anda sudah pun bergelar Pengarah. Namun tidak ramai daripada pengarah "baru" ini membuat persediaan rapi sebelum mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat

Ini antara 5 persediaan penting sebelum tubuhkan syarikat anda sendiri:

1 - Anda perlu bersedia untuk tidak "merompak" duit syarikat dan hanya bersedia menerima elaun tetap iaitu gaji setiap bulan

2 - Anda perlu mempunyai perancangan yang teliti bagi memastikan kos bulanan mampu ditanggung oleh syarikat secepat mungkin tanpa menghabiskan modal yang di sumbang.

3 - Sekurang-kurangnya, anda mempunyai team yang pakar dan berkebolehan di dalam bidang yang dipertanggungjawabkan. Team yang gagal berfungsi akan memberi kesan yang tidak baik kepada syarikat dalam jangka masa pendek

4 - Selain team yang mampu menjana pendapatan, anda juga perlu mempunyai team "pematuhan". Ini bagi memastikan hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang syarikat, perakaunan, percukaian dan audit diberikan penekanan yang selayaknya

5 - Sentiasa "upgrade" diri untuk memastikan syarikat tidak ketinggalan dari arus semasa dari segi teknologi ataupun isu semasa

Seorang pengarah yang bersedia dan tahu apa yang perlu dilakukan akan lebih mudah untuk menghadapi cabaran-cabaran yang bakal dihadapi dalam usaha membangunkan legasi bisnes yang kukuh pada masa hadapan

Moga bermanfaat!


20 Mac 2022
Ahad

Post a Comment

0 Comments