Ruginya berbinses kalau

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Enterprise adalah langkah permulaan untuk kita bina empayar bisnes yang lebih besar seperti Sdn Bhd
Jika semasa Enterprise kita masih tidak buat 7 perkara ini, selamanyalah kita di takuk yang sama
1/ Masih lagi curi duit bisnes.
Letak amaun gaji yang korang nak dan ambil setiap bulan.
 
Jika bisnes belum mampu bagi banyak, ambil sedikit. Cepat-cepat belajar ilmu tarik duit. Kalau gaji berbisnes lebih rendah dari kerja makan gaji, something have to be done

2/ Tidak carum KWSP.
Akaun KWSP ini bukan sahaja hanya untuk simpanan hari tua korang tetapi juga untuk pastikan cukai kita tidak terlebih bayar.
 
Berapa ramai pemilik bisnes Enterprise yang masih tidak 100% gunakan pelepasan yang dibenarkan. Sangat rugi

Tak best ke, kita bayar KWSP, untuk diri kiya sendiri, lepas tu pendapatan kena cukai dapat diskaun, cukai pun kita boleh bayar lebih rendah.
 
3/ Tidak ada perlindungan takaful. Jika terjadi apa-apa kepada anda terutama kepada breadwinner keluarga, kesannya kepada pewaris kita.
Bagaimana mereka nak meneruskan kelangsungan hidup jika perlu menanggung hutang yang kita tinggalkan

4/ Ambil gaji, 100% spend.
Tiada savings

Bila jadi pandemik, mungkin lebih ramai sedar bahawa pentingnya simpanan. Duit gaji yang kita ambil setiap bulan, bukan sepenuhnya untuk dibelanjakan tetapi perlu diuruskan supaya adanya simpanan kecemasan yang mencukupi

Berapa kali dah kita PKP? Duit simpanan kecemasan sudah tentu-tentu menyusut. Sentiasa beringat untuk menyimpan sebelum berbelanja

Minimum 6 bulan saving untuk peribadi dan bisnes adalah wajib

5/ Tidak menambahkan channel duit masuk.
Dengan cabaran PKP yang tiada berkesudahan, sudah tiba masa untuk kita buat perkara yang sebelum ini kita tak pernah buat asalkan ianya halal dan boleh menambahkan duit masuk dalam bisnes
Sebab duit keluar itu pasti.
 
6/ Lifestyle Gred A
Sebelum pandemik dan selepas pandemik, jika masih belum boleh move on dengan lifestyle mewah secara tidak langsung anda sedang menjerut leher bisnes anda sendiri

Banyak masa dirumah bukan bermakna shopee dan lazada itu wajib dijamu mata setiap hari. Lebih baik elak dari terjebak

7/ Abaikan bab pengurusan
Jika waktu yang ada ini kita masih mengeluh dan merintih kepada pihak yang tidak mendengar alangkah ruginya masa yang dilalui

Waktu begini gunakan sebaiknya untuk betulkan sistem pengurusan bisnes. Jika enterprise yang kecil pun kita malas untuk uruskan, bagaimana pula nanti dengan sdn bhd

Betulkan sistem filing yang berterabur, buat sop duit masuk dan keluar syarikat, siapkan sop dan tracker staff, tambah ilmu sebelum outsource atau hire staff

Banyak kerja kita yang belum selesai, tak perlu semak kerja orang lain dalam mengurus pandemik. Kita urus bisnes kita dulu

Jika kita nak berbisnes dengan baik selepas pandemik selesai, tahukah anda bila pandemik akan selesai. Kita boleh berunding dengan covid untuk keluar dari Malaysia?

Jika kita mahu bekerja dengan baik selepas pejabat dibuka, adakah kita tahu waktu pejabat buka nanti kita masih hidup ataupun mati?

Jika kita mahu berjimat bila kita ada duit, adakah kita yakin selepas ini ada lagi duit yang kita akan dapat?


Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara
- Sihat sebelum sakit
- Kaya sebelum miskin
- Muda sebelum Tua
- Lapang sebelum sempit
- Hidup sebelum mati

Wallahua'alam
Semoga bermanfaat!

Post a Comment

0 Comments