5 PERKARA YANG MERUGIKAN PEMILIK BISNES


Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Saya lihat pemilik Enterprise kerap struggle dengan kehiduapan mereka. Kalau dahulunya, kita lihat peniaga jalanan, mampu jalani hidup dengan cukup dan tenang tetapi kini tidak lagi. Antara 5 perkara yang pemilik bisnes Enterprise taknak buat dan bakal merugikan mereka di kemudian hari adalah:

1 - Bisnes tiada savings. Apa yang ada dalam akaun bank, semuanya akan dikeluarkan untuk berbelanja

Jika mak-mak kita dahulu berniaga, lebih banyak duit yang disimpan dari yang dibelanjakan. Duit dilipat kemas di dalam kain batik atau sapu tangan, rasa puas bila saving semakin bertambah. Berbaloi penat berniaga setiap hari.

2 - Tiada perlindungan takaful. Sekiranya terjadi apa-apa, bisnes kena beku, harta kena beku, pasangan dan anak-anak hilang terus punca pendapatan

Pilih perlindungan yang minimum dahulu untuk permulaan, seperti perlindungan kematian, ketidakupayaan kekal dan penyakit serius.

3 - Tiada simpanan pendidikan anak-anak. Kita terlalu terbiasa dengan pinjaman pendidikan daripada bersedia dengan menyimpan. SSPN adalah solusi serampang dua mata untuk anda plan untuk pendidikan anak-anak dan dalam masa yang sama, dapat pelepasan cukai

Memulakan kehidupan anak-anak dengan mengajar mereka dengan pinjaman adalah satu norma biasa yang perlu kita elakkan selagi kita mempunyai peluang untuk menyimpan

4 - Tiada caruman untuk KWSP dan PERKESO. Pelepasan cukai tak dapat, perlindungan dan simpanan pun tiada. Bagi pemilik Enterprise yang tiada pekerja, i-saraan KWSP merupakan solusi untuk anda menyimpan secara paksa



Maklumat lanjut tentang i-saraan, anda boleh baca di sini - i-saraan KWSP

Manakala untuk PERKESO, anda boleh mencarum di dalam Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri dengan hanya serendah RM13.10 sebulan.

Maklumat lengkap berkenaan skim ini - SKIM PERKESO


5 - Tidak merancang untuk tambah duit masuk. Biarkan bisnes dalam keadaan stuck berbulan-bulan lamanya. Sampai kering duit simpanan bisnes dan peribadi. 

Jangan malu untuk bisnes lain daripada bisnes semasa, kerana malu tidak mampu untuk kita membayar bil-bil yang ada


Semoga bermanfaat!

Post a Comment

0 Comments