Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
18 tips jimat cukai
Ambil tahu, rancang dan aplikasi dalam bisnes anda
1/ Tanggung bil perubatan ibu bapa. Anda layak untuk menuntut maksimum 5 ribu
2/ Celik kesihatan dengan lakukan medical check up setiap tahun
3/ Simpan bil-bil perubatan anda, pasangan atau anak-anak yang menghidapi penyakit serius
4/ Improve diri dengan sambung belajar, tuntutan sehingga 7 ribu
5/ Improve ilmu dengan tambah bahan bacaaan (buku, majalah, jurnal, surat khabar)
6/ Sediakan anak dengan tools PDPR yang selesa (laptop, komputer, tablet atau smart phone)
7/ Pastikan line internet untuk PDPR juga tidak sangkut-sangkut
8/ Kekalkan kesihatan sekeluarga dengan membeli peralatan sukan yang baik
9/ Didik sikap menabung dalam diri sendiri dan anak-anak. SSPN adalah tabung yang akan memberi manfaat kemudian hari untuk pendidikan anak-anak supaya anak tidak mula kehidupan bekerja dengan membayar hutang
10/ Persiapkan diri untuk perlindungan, ambil insurans kesihatan untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak. Bayaran premium rendah jika mahu dibandingkan dengan coverage yang tinggi ketika diperlukan.
11/ Perwarisan dengan adanya sijil takaful apabila berlaku kematian kepada anda atau pasangan supaya keluarga boleh meneruskan kehidupan dengan selesa
12/ Mencarum di dalam tabung perkeso untuk tambahan perlindungan
13/ Tabungan diri di KWSP untuk persaraan dan persediaan membeli hartanah
14/ Dapatkan kad OKU untuk anak yang istimewa untuk tuntutan pelepasan yang tinggi
15/ Amalan sedekah di tempat yang diluluskan oleh LHDN
16/ Istiqamah membayar zakat pendapatan setiap bulan
17/ Galakkan anak untuk sambung belajar sehingga ke peringkat Ijazah sebelum berkahwin
18/ Tabungan persaraan tambahan swasta dengan PRS dari mana-mana Konsultan Unit Trust berlesen
Anda akan dapat manfaat apabila apply proses ini. Rancang setiap awal tahun supaya bila waktu isi borang cukai tak pening tengok amaun tinggi
Biasakan yang betul, betulkan yang biasa
Dapatkan panduan kira cukai beserta template di link ini => https://amaniacademy.com/order/form/80/111
Semoga bermanfaat!
0 Comments