Pusat Zakat Beri Sumbangan Kematian RM3,000 Kepada Pembayar Cukai Yang Layak

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Pembayar zakat di PPZ Wilayah Persekutuan layak untuk mendapat sumbangan kematian RM3,000  kepada waris secara automatik di bawah Skim Kafalah Muzakki dengan hanya membayar minimum zakat RM50 setahun


Waris hanya perlu mengisi borang dalam masa 6 bulan selepas kematian, di pusat zakat mana-mana kaunter PPZ berdekatan dan bawa segala dokumen berkaitan, seperti:

1. Salinan sijil kematian si mati

2. Salinan kad pengenalan si mati (jika ada)

3. Salinan kad pengenalan waris

4. Salinan sijil perkahwinan atau sijil lahir si mati (jika ada) dan waris terdekat

5. Surat kuasa bagi pemohon orang ketiga

6. Salinan muka depan akaun bank waris


Waris yang layak ialah waris terdekat yang terdiri daripada:

i. Suami/Isteri kepada si mati

ii. Ibu/Bapa atau Ibubapa angkat yang sah di sisi undang-undang

iii. Anak kandung atau anak angkat yang sah di sisi undang-undang

iv. Adik beradik si mati


Untuk tahu samaada, anda pembayar zakat yang layak ialah, apabila anda pernah membayar zakat harta setiap tahun minimum RM50 setahun di PPZ MAIWP iaitu dalam tahun kematian atau setahun sebelum kematian


Beritahu waris anda tentang skim ini supaya sumbangan pihak zakat boleh meringkan beban mereka menguruskan perjalanan terakhir kita di dunia ini. Insya-Allah


Untuk pusat zakat negeri yang lain, saya tidak pasti. Anda boleh hubungi mereka atau buat carian di laman sesawang utama pusat zakat negeri anda




Semoga bermanfaat!


Post a Comment

0 Comments