Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Lima perkara anda perlu tahu berkenaan program ini supaya anda boleh rancang kewangan anda dan emosi anda. Manusia yang bijak adalah apabila dia mengetahui sesuatu perkara dengan baik sebelum membuat keputusan dan tidak menyalahkan orang atas keputusan yang dia sendiri lakukan
1. Ada 2 option yang anda perlu pilih
- Penangguhan 6 bulan atau 50% reduction on loan installment
2. Kena juga ambil cakna bahawa interest masih berjalan tetapi tidak compunded
3. Habis moratorium, loan tenure akan dipanjangkan supaya ansuran bulan masih lagi di tahap yang kita masih boleh bayar
4. At least, kita lebih tenang tiada phone call dari mereka dan tiada penalti lewat bayar dan penalti ada dicaj jika kita betul-betul tidak mampu
5. Tidak akan merosakan CCRIS report
Sekurang-kurangnya ini adalah option bagi sesetengah kawan-kawan kita yang memerlukan, supaya ada duit lebihan setiap bulan untuk sara hidup waktu pandemik dengan PKP yang tiada berkesudahan
6 bulan insyaAllah cukup untuk kita bangkit semula supaya boleh mencari solusi pekerjaan dan perniagaan yang mampu untuk kita berada semula di track yang normal
Baca FAQ dari bank anda untuk lebih pemahaman ==> FAQ MORATORIUM MAYBANK
Semoga bermanfaat!
0 Comments