Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Minggu lepas, saya ada share tentang bagaimana untuk anda mendaftarkan nombor fail cukai LHDN, jadi kali ini saya akan kongsikan panduan untuk mendapatkan nombor pin efiling untuk kali pertama
Nombor fail cukai adalah ibarat nombor kad pengenalan, sekiranya anda mahu berurusan dengan LHDN, nombor fail cukai inilah yang akan menunjukkan segala transaksi berkaitan cukai anda dengan LHDN
Manakala nombor pin efiling adalah kata laluan untuk pertama kali sebelum anda boleh menggunakan portal efiling bagi tujuan mengisi dan menghantar borang cukai dalam talian
Ikuti lima langkah ini untuk panduan anda
LANGKAH PERTAMA
Sila ke laman sesawang ini https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/CustFeed-1.aspx dan klik "Permohonan" di bahagian kiri
LANGKAH KEDUA
Kemudian klik "Permohonan Nombor Pin E-Filing"
LANGKAH KETIGA
Sediakan salinan kad pengenalan dan isi borang CP55D untuk di muatnaik nanti di dalam bentuk .pdf
LANGKAH KEEMPAT
Tekan butang "Seterusnya" dan isi kesemua maklumat yang diperlukan
Setelah selesai, anda perlu tunggu sehingga permohonan di proses dengan merujuk kepada email yang telah didaftarkan
Nombor pin yang anda telah diterima perlu diaktifkan di pautan ini sebelum anda boleh mengisi borang cukai secara dalam talian - https://ez.hasil.gov.my/CI/LoginKaliPertama.aspx
Pastikan juga, anda sudah mendapatkan nombor fail cukai dahulu sebelum membuat permohonan ini. Jika sukar untuk anda memohon nombor pin ini sendirian, mohon bantuan di sini - https://amaniacademy.com/order/form/EDAFTAR/607
Panduan mengisi borang cukai, langkah demi langkah ada saya sediakan di dalam ebook asas urus cukai Enterprise. Anda boleh dapatkan di pautan berikut:
https://amaniacademy.com/order/form/EBOOK3/607
Semoga bermanfaat!
0 Comments