5 PETANDA BISNES ANDA ADALAH ENTERPRISE

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Ada dikalangan kita yang masih tertanya-tanya, apa itu perniagaan Enterprise? Di dalam posting ini saya akan kongsikan lima ciri-ciri sesebuah perniagaan berlabel Enterprise

1. Ianya didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

Cuba anda lihat sijil SSM anda. Ada tak nama akta tersebut. Jika ada, bermakna perniagaan anda adalah Enterprise



2. Bentuk perniagaan adalah Milikan Tunggal atau Perkongsian

Lihat pula salinan maklumat perniagaan anda. Ada maklumat berkenaan nama anda, alamat dan tarikh pendaftaran, di situ ada makllumat berkenaan bentuk perniagaan.

Jika anda Milikan Tunggal ataupun Perkongsian, maka perniagaan anda berlabel Enterprise


3. Di akhir nama perniagaan anda tiada perkataan Sdn Bhd, PLT atau LLP

Sekiranya, nama perniagaan anda diakhirnya tiada tiga perkataan berikut maka sudah pasti perniagaan anda adalah perniagaan Enterprise

Tidak kira nama perniagaan anda diakhiri dengan Enterprise atau tidak. 

Contoh: Amani Management Services, Amani Academy 


4. Perniagaan anda mempunyai tarikh luput pendaftaran

Ini juga boleh dilihat di salinan maklumat perniagaan anda. Lesen perniagaan Enterprise ini perlu diperbaharui setelah capai tarikh luput. Ada yang setahun sekali dan ada yang lima tahun sekali. Bergantung kepada pemilihan anda semasa mendaftarkan perniagaan 


5. Di Sabah dan Sarawak, lesen perniagaan Enterprise ini tidak dikeluarkan oleh SSM, tetapi ianya dikeluarkan sebagai lesen trading di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan ada juga oleh badan-badan yang diberi kuasa yang lain.

SSM di sana hanya menerima pendaftaran untuk syarikat berlabel Sdn Bhd sahaja buat masa sekarang.


Walaubagaimanapun, di mana pun anda menjalankan perniagaan, anda sebagai pemegang lesen Enterprise tertakluk kepada Akta Cukai Pendapatan 1967. Di mana, setiap keuntungan dan kerugian perniagaan hendaklah diisytiharkan kepada LHDN setiap tahun dengan menghantar borang cukai dan membayar cukai sekiranya dikenakan


Kecil-kecil cili api, walaupun Enterprise tetap juga LHDN cari 

Dapatkan panduan lengkap pengurusan Enterprise berbentuk ebook di link berikut:

 https://amaniacademy.com/order/form/ebookEnt/607


Semoga bermanfaat!

Post a Comment

0 Comments