TAMBAH DUIT POKET BULAN RAMADHAN

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah. Assalammualaikum

Bulan Ramadhan telahtiba. Mesti ramai yang ambil kesempatan untuk tambah duit poket untuk raya kali ini kan




Nak pastikan usaha tambah duit itu berbaloi, buat 10 perkara ini tau

1/ Rancang projek yang ingin dijalankan
- Senarai pro dan kontra bisnes yang bakal anda jalankan
- Senaraikan backup plan jika plan A tidak menjadi

Perancangan ini akan memastikan apa yang dirancang akan terlaksana.

2/ Buat "market research"
- Siapa pesaing anda
- Di mana anda ingin berniaga
- Siapa target market anda

Dengan cara ini, anda boleh cipta kelainan lebih dahulu sebelum mula berniaga. Jenuh juga kalau semua peniaga lain jual barang yang sama dengan kita.

3/ Cari kolaborasi
Risiko untuk gagal akan lebih rendah apabila kita berkolaborasi. Macam biasa, buat perjanjian supaya jelas segalanya.

4/ Up marketing setiap hari
Usahakan untuk memberitahu kepada bakal prospek tentang perniagaan anda. Gunakan kesemua medium pemasaran online percuma. Belajar kalau tak tahu

5/ Catit duit modal yang dilaburkan
Bukan setakat duit modal, duit belanja, duit jualan semua kena tulis. Barulah tahu bisnes tu berbaloi ke tidak dengan masa yang anda luangkan

6/ Duit bisnes jangan kacau
Malam raya baru ambil untung. Time buka puasa guna duit sendiri. Tak perlu makan sedap-sedap, cukup sekadar kenyang. Ingat! duit tu untuk tambah duit raya bukan untuk sara hidup

7/ Niat kena betul
Buat bisnes untuk bagi pilihan makanan sedap, jahitan kemas, kuih raya ranggup kepada orang lain selain tambah income keluarga

8/ Tambah ilmu
Suami kata masakan sedap. Orang lain kata sedap tak? Perlu tambah ilmu walaupun satu keluarga kata masakan anda sedap. Ilmu bisnes masakan dengan masak untuk keluarga berbeza

Jangan aniaya orang dengan karipap angin dan nasi basi

9/ Terima feedback
Feedback adalah untuk kebaikan kita. Hari ini orang komplen, esok kita perbaiki. Insya-Allah orang datang beli lagi

Kalau bolayan, start minggu kedua, kedai kita akan krik..krik.. orang tak datang. Duit modal pun hangus

10/ Ready untuk tiada pembeli
Kita berniaga untuk orang membeli tetapi langit tidak selalu cerah. Anda perlu bersedia mental dan fizikal supaya anda pantas mencari jalan penyelesaian

Ingat! Kejayaan bukan usaha satu malam. Teruskan usaha yang betul untuk capai impian yang dicari

Salam Ramadhan

Post a Comment

0 Comments