Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah. Assalammualaikum
Puasa pun puasa juga, bulan cukai tetap jalan seperti biasa. Bagi yang makan gaji, ini posting untuk anda
1/ Ini juga adalah ilmu untuk pekerja anda yang bergaji bersih RM34,001 untuk status bujang atau RM46,001 untuk yang sudah berkahwin dan pasangan tidak bekerja
2/ Majikan perlu berikan pendedahan dengan memberikan mereka EA Form seawal mungkin iaitu sebelum akhir Februari setiap tahun
3/ Borang cukai untuk individu makan gaji adalah Borang BE dan tarikh akhir untuk hantar adalah 30 April
Maknanya, gaji tahun 2020 anda perlu declare pada atau sebelum 30 April 2021
4/ Sebelum hantar borang cukai, pastikan anda sudah mendaftar fail cukai di LHDN melalui e-daftar
5/ Dan untuk memudahkan urusan menghantar borang cukai secara online, pastikan anda request no pin e-filing di LHDN
7/ Untuk mengurangkan jumlah pendapatan layak kena cukai, isi bahagian pelepasan cukai dan pastikan amaun tersebut juga betul. Kalau tidak, penalti kena pulak nanti
- Pelepasan anak perlu bincang baik-baik dengan pasangan
- Pelepasan ibu bapa bincang baik-baik dengan adik beradik
- Pelepasan gaya hidup, insurans, depends pada nama resit. Kalau resit nama anda, clear. Kalau tidak, jangan claim
8/ Bila dah siap isi, cetak draf dan semak untuk kali terakhir segala maklumat dan nombor yang anda pilih
9/ Dah confirm betul, tekan butang hantar dan cetak borang final untuk anda simpan baik-baik
10/ Semak slip akhir sama ada anda perlu bayar cukai, tidak kena bayar cukai atau dapat refund
Tidak pasti nak isi borang cukai, anda boleh semak manual yang LHDN sudah sediakan di link ini - http://phl.hasil.gov.my/.../Nota_Penerangan_B_2020_1.pdf
Moga bermanfaat!
0 Comments