Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah. Assalammualaikum
Hari ini hari terakhir untuk hantar Borang E Majikan di LHDN
11 perkara anda wajib tahu
1/ Majikan adalah wajib menghantar borang cukai ini, tidak kira Sdn Bhd mahupun Enterprise
2/ Borang menghantar melalui e-filing ataupun borang secara manual
3/ Sebelum isi borang E, anda perlu menyerahkan EA Form kepada pekerja.
4/ Siapkan jadual gaji untuk 12 bulan untuk tahun 2020
5/ Maklumat penggajian ini anda boleh hantar melalui 5 cara:
- Bersama Borang E iaitu semasa anda mengisi Form E nanti
- Muat naik CP8D jika anda ada payrol sistem
- e-Data Praisi (ini dah tutup bulan 2 lepas)
- Cakera padat
- Email kepada LHDN cp8d@hasil.gov.my
6/ Kemudian login e-filing untuk mengisi Borang E secara online
7/ Anda mesti ada Nombor fail majikan. Jika belum, daftar dahulu -
8/ Anda sudah pernah login efiling di sini - https://ez.hasil.gov.my/CI/
9/ Isi borang E selengkapnya dan jangan lupa tekan button submit
10/ Selepas submit, cetak borang dan pengesahaan penerimaan untuk simpanan anda
11/ Ada lanjutan masa jika anda menghantar borang E melalui e-filing
Enterprise yang belum ada pekerja boleh simpan nota ini untuk rujukan masa akan datang
Moga bermanfaat!
0 Comments