Teknik: Hazwani Abd Hamid
Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Penting sangat untuk anda tulis nombor rujukan bila merekod transaksi duit keluar masuk
Nombor rujukan ini anda boleh create sendiri, ikut suka hati yang penting ikut turutan. Nombor ini boleh bantu anda untuk banyak perkara, antaranya
1. Semak debit kredit
Untuk pastikan yang direkod itu betul, kena lihat di mana anda debit dan ke mana anda kredit. Barulah akaun balance dan tepat
2. Senang nak cari balik resit
Bila ada nombor, mudah lah kita nak cari dokumen semula. Tidak buang masa dan tenaga cari dari awal tahun
3. Senang nak audit
Rekod akaun ni bukan semata-mata untuk kita sendiri yang faham tetapi orang lain yang berkepentingan pun boleh faham
Kalau mereka tidak faham, bersedialah untuk ditambah semula perbelanjaan tersebut dan sekaligus meningkatkan nilai cukai anda
Numbering system ni sebenarnya sangat bagus untuk syarikat. Bukan sahaja memudahkan pengurusan, tetapi menjimatkan masa pekerja berkali ganda, emosi pun tidak tercalar
Setiap dokumen mesti ada sequence number yang berbeza. Janganlah ditaram semua nombor yang sama, tak berhasil juga kalau tekniknya salah
Semoga Bermanfaat!
0 Comments