Cukai kena bayar kita berbeza-beza

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Pelepasan cukai bukannya mengurangkan amaun kena cukai tetapi pendapatan yang kena cukai
Kena clear bahagian tu supaya kita tak tersalah estimate. Saya tunjuk secara ringkas turutannya

1. Jumlah pendapatan

Ini daripada untung bisnes, jumlah gaji, bonus, amaun komisen atau pendapatan sewa yang anda terima selama setahun

Pendapatan ini banyak cabang, kalau ikutkan semua kena declare walaupun pendapatan itu dari illegal activities

2. Pelepasan cukai

Ada 24 pelepasan yang kita boleh ambil peluang. Lagi banyak pelepasan yang kita tuntut, lagi kuranglah pendapatan tadi yang akan dikenakan cukai

Kalau pendapatan anda RM100,000
Katakan:

Pelepasan diri Percuma RM9,000
Pelepasan anak 5 orang RM10,000
Pelepasan beli laptop anak RM2,500
Pelepasan bayar SSPN anak RM8,000

Pendapatan kena cukai bukannya RM100,000 tetapi RM70,500

3. Bila dah dapat pendapatan kena cukai barulah boleh kira cukai. Bukan flat rate macam Sdn Bhd tetapi ada jadualnya dari 0% sehingga 30%

Kalau saya kira secara ringkas, pendapatan kena cukai RM70,500 cukai yang bakal kena bayar adalah RM4,705 berbanding RM100,000 cukainya adalah RM10,900 (jimat RM6,195)

Boleh refer jadual cukai di website LHDN

4. Katakan pula tahun lepas, anda ada bayar zakat RM3,000 lepas tu ada bayar PCB RM1,000 sepanjang tahun lepas
Anda tak perlu bayar RM4,705 tetapi cuma bayar bakinya sahaja iaitu RM705
Tetapi jika tak buat apa pun, kenalah Redha bayar cukai RM10,900 tadi

Jika anda faham bab cukai, anda akan senyum bila bayar insurans, beli laptop anak, hadiahkan smartphone pada isteri, bila anak ramai dan terutama sekali bila anda dapat resit 

Nampak susah, susahlah jadinya. 
Perkara yang kita tidak boleh kawal, kita pusing bagi nampak cantik dan seronok. 

Anda buat, anda dapat
Moga bermanfaat!

Ketika attend event Business Pitching selepas PKP 1.0



Post a Comment

0 Comments