TIPS SENTAP: IKAT PERUT SELAMANYA ATAU SEMENTARA

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Anda boleh merekod akaun untuk pelbagai jenis perniagaan dengan kemahiran yang anda ada tetapi mengapa perniagaan masih bermasalah di dalam kewangan. 

Ini selalu terjadi kepada pemilik bisnes kecil yang merasakan bisnes mereka, sukahati mereka. Kesannya bisnes mereka akan sama kecil bertahun-tahun tanpa perkembangan besar


Saya "ikat perut" selama 3 tahun awal bisnes


Saya kongsikan 7 perkara salah yang pemilik bisnes lakukan:


1. Belanja peribadi menggunakan duit akaun bank bisnes

Tanpa sedar anda menelanjangkan "spending habit" anda kepada orang luar. Orang luar akan tahu, di mana anda selalu keluar makan dan berbelanja, di mana anak anda bersekolah dan berapa rakusnya perbelanjaan tersebut


2. Gunakan duit bisnes untuk simpanan peribadi

Sayang duit bisnes tidak bertempat. 

Anda patut simpan duit bisnes yang anda tidak mahu gunakan, supaya dapat pulangan pelaburan yang lebih baik. Bukannya simpan duit modal tempat lain sebab takut terguna 


3. Dermawan

Suka bersedekah adalah tidak salah tetapi jika anda bersedekah kepada mereka yang ikut suka anda adalah lebih baik guna duit sendiri. Sedekah kepada yang bukan organisasi yang tidak berdaftar kepada LHDN tidak akan beri kesan kepada keuntungan 


4. Shopping barang bisnes dan peribadi sekaligus

Ini kerap berlaku kan. Kesannya samaada kita lupa untuk tandakan item kegunaan peribadi atau kita hilangkan terus resitnya

Walaupun anda tandakan kegunaan peribadi, tetap orang luar bakal juga tahu "spending habit" anda. Rahsia rumahtangga jaga ketat-ketat


5.  Ambil gaji yang banyak

Bisnes kita, sukahati kita nak ambil banyak mana gaji. Bagi saya ini sellfish

Anda hanya boleh berunding soal gaji dengan majikan bukannya dengan bisnes anda sendiri. 


Solusinya, urus bisnes anda seperti bisnes majikan anda. Asingkan kemahuan anda mengikut gaji yang anda terima daripada bisnes bukan mengikut keuntungan bisnes


Sesi "ikat perut" ini adalah sementara bukan selamanya. Boleh jadi selamanya jika anda tidak rela "ikat perut"


"Biasakan yang betul, betulkan yang biasa"


Semoga bermanfaat!





Post a comment

0 Comments