BAYAR SUPPLIER GUNA CASH

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Perkongsian hari ini adalah berkaitan dengan situasi pemilik mengambil duit dari akaun bisnes untuk membuat pembayaran kepada "supplier" atau pembekal


Dalam keadaan semasa sekarang, ramai peniaga hanya menerima tunai berbanding cek. Oleh itu, banyak pergerakan tunai yang cepat berlaku sehingga jika anda leka, anda tidak sedar sudah berapa banyak duit tunai yang dibelanjakan


Saya kongsikan langkah demi langkah apa yang perlu anda buat apabila keadaan begini:


1. Duit yang di bawa keluar dari akaun bank bisnes

Slip transfer dari akaun bank ke akaun personal anda, slip kuning kaunter atau slip ATM simpan dan kepilkan dengan satu salinan "Payment Voucher"




Tulis penerangan - Petty Cash Owner / Director / Manager

Pengeluaran duit ini belum lagi di kira sebagai belanja, hanya berubah posisi dari dalam akaun bank ke akaun tunai


2. Pastikan setiap pembayaran kepada pembekal anda menerima resit dan kepilkan di dalam buku Petty Cash Voucher

Jika tiada atau pembekal sukar mengeluarkan resit, bawa voucher ini setiap kali anda berjumpa dengan pembekal anda




i. Tulis penerangan, barang apa yang dibeli beserta unit, kuantiti dan harga per unit

ii. Nama individu atau nama syarikat pembekal

iii. Tarikh pembelian

iv. Amaun yang dibayar

v. Tandatangan penerima bayaran


3. Kumpulkan semua salinan Petty Cash Voucher untuk sebulan dan rekodkan di dalam Petty Cash Report


Laporan Petty Cash ini penting untuk anda track berapa banyak baki duit yang tinggal di tangan. Jika tidak di kawal, anda akan "terguna" duit bisnes ini seperti duit dari langit


Kesannya, sedikit demi sedikit duit simpanan bisnes anda kikis tanpa sedar


"Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa"


Semoga bermanfaat!




Post a Comment

0 Comments