5 SEBAB REKOD AKAUN BISNES ANDA, MESTI BETUL

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Ramai sudah ada kesedaran untuk merekod transaksi bisnes dan mengisytiharkan pendapatan kepada LHDN sampaikan jadual kami penuh sehingga April 2021. 


Merekod akaun itu satu kewajipan, begitu juga memastikan laporan akaun itu betul. Rekod akaun yang betul beri banyak manfaat kepada anda dan bisnes, antaranya:




1. Keputusan bisnes

Rekod akaun membantu anda membuat keputusan bisnes yang tepat dan betul. Keputusan yang di buat berdasarkan laporan yang salah, merisikokan syarikat


2. Selamatkan bisnes ketika audit

LHDN berhak untuk menyemak semula laporan kewangan syarikat dan bandingkan dengan yang ada telah hantar kepada mereka


Jika laporan dan dokumen anda lengkap dan betul, audit LHDN tidak memakan masa yang lama


3. Elak penalti

Penalti untuk tidak melaporkan pendapatan sebenar dengan LHDN adalah sehingga RM10,000



4. Bina keyakinan pelabur

Apabila nama bisnes anda "clear" dari audit dan senarai hitam LHDN, pelabur akan senang hati menerima pelawaan anda

Bukan hanya pelabur tetapi juga pihak bank yang menawarkan pinjaman


5. Tiada isu terlebih bayar atau terkurang caj

Kesilapan teknikal yang kecil ini boleh menganggu cash flow bisnes, jika ianya kerap sangat berlaku. Anda perlu pastikan, amaun yang pelanggan berhutang dan amaun yang anda berhutang di rekod dengan betul


Anda pernah ada situasi kena audit dengan LHDN? Sekali pernah kena audit dan gagal auditnya, mungkin setiap tahun bisnes anda dipanggil untuk audit


"Biasakan yang betul, betulkan yang biasa"


Semoga bermanfaat!


Post a Comment

0 Comments