Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Setiap kali dugaan mendatang, dalam kepala sentiasa saya terfikir untuk berhenti. Mungkin dengan berhenti, saya akan rasa lebih tenang.
Kalaulah saya bekerja seorang diri seperti dulu, mungkin sudah lama saya berhenti dari apa yang sedang saya lakukan. Tetapi oleh kerana, saya mempunyai team di dalam sebuah syarikat, saya terpaksa menurut pandangan majoriti mereka
Saya percayakan mereka untuk segalanya
Betul lah yang dikatakan, mata pena setajam mata pisau
Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu.
Mata pena apabila digunakan dengan baik, bisa menjadikan orang yang bodoh menjadi pandai. Tetapi jika digunakan dengan cara yang salah, boleh menjadikan pembunuh kejam menjadi manusia paling suci
Tidak kisah di mana pun kita menulis, walaupun orang yang dikata telah dipastikan tidak akan membaca apa yang ditulis, ingatlah Malaikat kira dan kanan tidak pernah tidur walau sesaat.
Saya perlu kekal tenang dan untuk menjadi sebetulnya tenang saya selalu lakukan lima perkara ini:
1. Maafkan mereka
2. Doakan mereka
3. Lupakan perbuatan mereka
4. Lupakan siapa mereka
5. Bersedekah dengan niat untuk ubat hati yang sakit
Semoga dunia sementara ini menjadi ladang pahala bukannya kebun dosa
Wallahua'alam
0 Comments