Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Nak pilih nama bisnes umpama nak letakkan nama untuk anak pertama yang baru lahir. Rasa excited dan mungkin rasa tak tahu nak letak yang mana satu
Saya kongsikan 5 tips pemilihan nama bisnes untuk anda ada idea dalam pemilihan nama bisnes yang baik
Tips Pertama - GABUNGAN NAMA
Ramai menggunakan gabungan nama sebagai nama bisnes. Ianya boleh, tidak menjadi masalah. Cuma anda perlu jelaskan kepada pendaftar maksud disebalik gabungan nama tersebut
Contoh A&W TECHNOLOGY ENTERPRISE
Ianya adalah gabungan nama pasangan Amin dan Wani
Tips Kedua - TIRUVASI
Menggunakan nama yang mirip dengan perniagaan lain adalah tidak dibenarkan.
Contoh ALI & BABA ENTERPRISE sudah ada didaftarakan dan anda daftar dengan nama ALI N BABA ENTERPRISE. Ianya tidak dibenarkan
Tips Ketiga - LOGIK
Nama bisnes anda hendaklah seiring dengan aktiviti bisnes yang didaftarkan
Contoh Perniagaan Nasi Lemak World hendaklah menjalankan aktiviti menjual makanan bukannya aktiviti pelaburan atau lain-lain aktiviti yang tidak berkaitan
Tips Keempat - AKHIR NAMA
Sebagai bisnes Enterprise, nama bisnes anda boleh diakhirkan atau diawali dengan Resources, Enterprise, Niaga, Trading, Perniagaan dan sebagainya
Tetapi bukan dengan perkataan Sdn Bhd, Perbadananan, Co, Company, Syarikat dan Yayasan
Tips Kelima - JANGAN SPESIFIK
Nama yang spesifik akan menghadkan aktiviti perniagaan anda.
Contoh Perniagaan Nasi Lemak World. Prospek akan hanya tahu anda buat perniagaan nasi lemak padahal anda boleh mendaftarkan lebih dari satu jenis perniagaan
Anda boleh namakan bisnes makanan ini dengan nama yang tidak terlalu spesifik seperti Perniagaan Maju Trading
Semoga bermanfaat!
0 Comments