Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Cara paling simple nak tahu untung rugi bisnes. Dropship atau ejen paling sesuai guna kaedah ini. Bila tahu bisnes untung boleh lah restock banyak lagi
Tak perlu tahu debit kredit langsung.
Tak perlu hafal sifir. Hehe
Kenal tiga perkataan ini sahaja
i. Jualan
Bila customer bayar pada anda
ii. Kos Jualan
Bila anda bayar pada HQ
iii. Belanja
Bila anda guna duit bisnes untuk bayar tol, parking, belanja makan dan macam-macam lagi
Jom tengok cara nak rekod pada setiap gambar. Gambar terakhir adalah bantuan untuk anda konsisten merekod
Inilah formula untuk anda dapat tahu yang bisnes anda untung atau rugi. Kalau untung amaun jualan anda akan lebih banyak dari Kos Jualan dan Belanja, tetapi bila kos jualan dan belanja melebihi Jualan, anda sebenarnya rugi
Ini buku jualan. Bila dapat sahaja duit dari customer, rekod dalam buku ini. Tulis setiap hari supaya anda tahu target sales anda dah nak capai atau masih jauh lagi perjalanan
Ini pula buku kos jualan. Semua duit keluar yang anda transfer ke HQ, duit nak beli plastik poslaju atau anda ada print sticker khas, rekod di sini
Selain daripada bayar HQ dan kos jualan lain, anda rekod semua duit keluar di sini. Termasuk duit bayar gaji pekerja, duit anda belanja sendiri, bayar tol, belanja customer makan, bayar internet dan macam-macam lagi
Selepas itu, tiap akhir bulan jumlah kan kesemua jualan kos jualan dan belanja. Guna formula yang ada dalam gambar yang pertama tadi untuk tahu bisnes untung atau rugi
Ini adalah pengiraan secara asas, saya akan guide student dengan menggunakan tempate sebab jimat masa kita dan kurangkan risiko salah kira secara manual.
Berhajat nak join kelas online saya, pendaftaram sepanjang tahun, insyaAllah >> DAFTAR DI SINI <<
Semoga bermanfaat!
0 Comments