5 SOFTWARE AKAUN "CLOUD BASED"

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Permintaan untuk software akaun cloud based semakin meningkat kerana kosnya yang dikategorikan sebagai murah dan mampu milik


Saya kongsikan 5 software akaun cloud based yang ada di pasaran yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian bajet anda



1. Intuit Quickbooks

Based dari luar negara

Harga dari RM28.09 sebulan sehingga RM51.94 sebulan

Bezanya adalah feature yang anda boleh akses dan bilangan user yang 



2. Financio ABSS

Harga rata iaitu harga premium RM32.95 sebulan

Tiada had user dan boleh guna semua feature



3. Niagawan

Harga rata juga iaitu RM397 setahun



4. Xero Accounting

Based dari luar negara

Matawang untuk langar adalah USD iaitu dari USD10 sehingga USD40 sebulan

Bezanya feature untuk matawang pelbagai dan bilangan transaksi yang direkod




5. Wave Accounting

Juga based dari luar negara dan ianya percuma 


Cloud based itu trendy tetapi anda perlu melihat kepada komitemen bulanan atau tahunan yang anda perlu tanggung sampai bila-bila dan mungkin kos akan meningkat beberapa tahun akan datang

Walaupun kes untuk kehilangan data atau " data breach" belum banyak, tetapi risikonya tetap ada. Bagi saya, untuk bisnes startup, cloud based ini adalah alternatif yang baik untuk anda dapatkan sistem akaun dengan kos permulaan yang murah

Tetapi pastikan anda mampu mempunyai satu software stand alone anda sendiri untuk jangka masa lebih panjang

Semoga bermanfaat!




Post a Comment

0 Comments