5 KESILAPAN KETIKA MEREKOD INVENTORI

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Semua software boleh track inventori bisnes tetapi ramai yang kecundang bila laporan kewangan berakhir dengan kesilapan. Akhirnya, anda perlu tambah kos dan masa untuk rekod akaun anda semula


5 Checklist kesilapan yang mungkin anda pernah buat tanpa anda sedar:


1. Anda tidak tahu bagaimana workflow software. 

Software ABSS akan merekod semua stok masuk ke dalam akaun kod "Inventory" di bahagian Aset Semasa. Manakala software SQL dan kebanyakkan software di Malaysia merekod stok masuk direct ke akaun kod "Purchase"


Jadi di dalam software ABSS, tidak akan ada Opening Stock dan Closing Stock


2. Stok tidak susut atau stok tidak masuk

Ini terjadi apabila, anda tidak merekod jualan atau belian menggunakan layout atau feature yang betul di dalam software. Hanya layout dan feature yang berkenaan sahaja yang akan effect kepada naik turun inventori


3. Salah unit

Sekiranya, semasa awal setup anda letakkan unit box pastikan semasa anda rekod stok masuk dan keluar juga adalah dalam unit box juga


4. Flow inventori anda rumit

Catatan inventori ini akan menjadi mudah apabila 1 ekor ayam yang anda beli, anda akan jual 1 ekor ayam juga. Ianya akan menjadi rumit apabila 1 ekor ayam dipotong tujuh dan dijadikan ayam gunting yang di salut tepung

Anda perlu bincang dan minta konsultan untuk guide anda cara untuk mula. Jangan buat sendiri


5. Tidak rekod stok reject

Stok yang reject, rosak, dikembalikan dan diambil masa untuk diri sendiri perlu juga direkod. Don't play-play ye





Semoga bermanfaat!




Post a Comment

0 Comments