Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Semakin ramai pemilik bisnes yang dapat surat cinta dari lembaga atas macam-macam sebab untuk diaudit
Anda tidak perlu panik, jika anda bukan dari 10 golongan ini
1. Ada bisnes tapi tiada lesen SSM
2. Tidak pernah hantar borang cukai dari mula bisnes walaupun rugi, walaupun bisnes tidak aktif
3. Tidak bayar cukai bertahun-tahun walaupun layak. Tangguh dan tangguh
4. Bisnes tunai. Tidak pernah ada akaun bank. Kalau ada pun tidak aktif. Semua isi dalam peti besi
5. Ada pendapatan dari bisnes sampingan dan bekerja tetapi hanya declare gaji yang diterima sahaja
6. Ada 5 bisnes Enterprise tetapi hanya declare 3 sahaja. 2 lagi undercover sebab untung banyak
7. Hantar borang cukai tapi tiada laporan kewangan. Magik sangat
8. Hantar borang cukai dan ada laporan kewangan tapi salah sebab budak intern yang buatkan kadang-kadang staff marketing yang tolong rekodkan
9. Declare bisnes rugi tapi bermewah-mewahan dalam media sosial menayangkan baju branded, kereta
branded dan rumah branded
10. Anda tiada akaun bank bisnes, tidak simpan bil, invois, resit dan anda tidak simpan apa-apa. Semuanya anda buang
Audit LHDN adalah normal yang tidak normal adalah anda disabitkan salah sebelum anda diaudit
Semoga bermanfaat!
0 Comments