Urus Jabatan Akaun Tanpa Pekerja

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Macammana nak ada jabatan akaun walaupun bisnes seorang diri tanpa rakan kongsi dan tanpa pekerja. Ini biasanya berlaku apabila anda baru mula berbisnes

Ini panduan lengkap kepada anda, jika mahu bisnes berjalan lancar:

1. Mesti ada ilmu duit masuk dan ilmu duit keluar

- Kenal bisnes anda
- Kenal produk atau servis anda
- Tahu kos anda
- Kenal bakal pelanggan


2. Bila dah tahu tanggungjawab, anda boleh mula susun tugasan

- Sentiasa tak lupa minta resit bila beli barang
- Simpan segala resit dan invois dalam fail
- Susun SOP yang betul dalam bisnes. Bila SOP betul, semuanya akan lancar
- Cari solusi yang sesuai nak urus rekod akaun pula


3. Solusi rekod akaun boleh jadi macam-macam, cuma kita hanya perlu pilih sahaja

- Rekod sendiri dengan ilmu (Excel / Software)
- Hire pekerja yang “layak” 
- Outsource pada Akauntan / freelancer

Bila rekod sendiri, anda mesti rekod sekurang-kurangnya sebulan sekali
Bila hire pekerja, wajibkan mereka rekod setiap hari 
Bila outsource, pastikan dokumen yang anda sediakan lengkap dan serahkan seawal yang boleh


4. Ambil tahu tarikh-tarikh penting orang bisnes

- Tarikh lesen SSM
- Tarikh lesen majlis 
- Tarikh puspakom lori
- Tarikh hantar borang cukai

5. Ulang dan ulang hingga sebati. Sedikit demi sedikit tugasan yang berat akan mula jadi ringan

Bermula dari anda, akhirnya result jua untuk anda

Tuan Rizal, pemilik gerai nasi ayam di Shah Alam. Beliau lah chef, beliau lah waiters dan beliau juga buat filing dan rekod duit keluar masuk setiap akhir

Beliau merupakan salah seorang peserta di Program Keusahawan Selangor di bawah Yayasan Raja Muda Selangor





“Biasakan yang betul, betulkan yang biasa”



Post a Comment

0 Comments