Teks: Hazwani Abd Hamid
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Sempena hari ini hari jumaat, saya nak berkongsi berkenaan zakat
5 salah faham kita terhadap ZAKAT
1. Zakat bukannya satu pilihan tetapi ianya satu tuntutan dalam Islam. Kalau anda layak bayar zakat tetapi tidak bayar, anda dikira berhutang dengan Allah SWT
2. Zakat ini ada macam-macam bukan hanya Zakat Fitrah. Boleh jadi zakat simpanan, zakat perniagaan, zakat pendapatan, zakat emas dan perak dan macam-macam lagi
Boleh baca lanjut di portal zakat. Ringkas dan mudah faham perkongsian mereka. Bila ada ilmu kita mudah lah nak jalankan Rukun Islam yang ketiga tersebut
3. Bayar zakat terus kepada fakir miskin. Zakat yang valid adalah zakat yang dikeluarkan kepada pusat zakat negeri ataupun agen zakat yang sah sahaja.
Valid dari segi ikut undang-undang pemerintah dan dari segi layak tolak cukai
4. Kalau bayar zakat, lhdn tak suka. Memandai jer kita kan. Untuk bisnes Enterprise, anda ada pilihan untuk bayar zakat dan tolak nilai cukai sehingga 100%
Dengan syarat, resit simpan. Tarikh resit adalah di dalam tahun yang dituntut. Kalau hantar borang cukai 2019, tarikh resit mestilah tahun 2019 juga (bukan tengok pada tahun haul)
5. Kalau bayar zakat, bank tak suka. Ish memandai lagi. Bank nak approve loan anda bukan tengok pada nilai cukai tetapi kepada nilai Pendapatan Aggregat kita iaitu sebelum tolak pelepasan
Kalau pendapatan kita tinggi, tinggilah jumlah loan yang lulus. Jangan fokus pada loan, fokus kepada urus kewangan bisnes dengan baik
Loan itu akan datang sendiri apabila tiba masanya
Biasakan yang betul, betulkan yang biasa
0 Comments