LANGKAH DEMI LANGKAH DECLARE CUKAI


Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Penulisan saya ini dari perkongsian saya di facebook. Penulisan yang saya kira ringkas tetapi mendapatkan perkongsian yang banyak. Alhamdulillah. Sudah ramai yang ada kesedaran untuk berbisnes dengan cara yang lebih baik


Saya kongsikan LANGKAH DEMI LANGKAH DECLARE CUKAI


1/ Daftar fail cukai untuk dapatkan nombor fail cukai.

Guna online boleh, ke kaunter pun boleh. Tiada apa-apa bayaran. Nak daftar online? Klik sahaja link berikut - E-DAFTAR


2/ Tak pasti sudah ada nombor fail cukai atau belum?
Semak di sini - SEMAK NO FAIL CUKAI


3/ Dapatkan no pin efiling supaya kita boleh hantar borang cukai secara online. Tak perlu handwritten dan manual nanti tulisan tak cantik dan kemas. Boleh juga apply online di MOHON NO PIN E-FILING


4/ Buat AKAUN. Akaun ini apa? 
Laporan untung rugi perniagaan kita. Benda ni kalau tak pernah buat kena belajar. Jangan buat semberono. Sebab kalau salah anda akan di kenakan penalti juga. Mesti ada Profit & Loss dan juga Balance Sheet

Nak belajar? Kelas Akaun Bisnes Online  - Maklumat Kelas
Gunakan kupon BLOGCOACHWANI untuk hadiah dari saya






5/ Isi borang cukai melalui efiling. Melalui efiling, cukai akan dikira secara automatik. Jadi boleh kurangkan kesilapan salah kira. Ada ramai yang telah berkongsi cara mengisi borang cukai di youtube. Anda boleh belajar dari sana


6/ Apabila sistem nyatakan ada cukai kena bayar, baru bayar cukai. Kalau tiada? Tak perlu bayar cik abang dan cik akak. Kalau ada refund? Tunggu sahaja update dari LHDN


7/ Dokumen? 
Tak perlu hantar. Simpan baik-baik supaya nanti-nanti bila LHDN datang, anda dapat bagi apa yang mereka request dengan senyum seindah suria 😆😆

Nak belajar untuk hantar borang cukai? Boleh dapatkan ebook di sini - EBOOK CUKAI




Semoga bermanfaat!

Post a Comment

0 Comments