TEKS: HAZWANI ABD HAMID
TIGA SEBAB STAFF LARI
Kalau betul-betul nak senaraikan memang banyak, tapi malam ni saya nak highlightkan 3 sahaja yang utama
1/ TEKNIK INTERVIEW SALAH
Ada yang interview, macam berkenalan dengan adik ipar, adik angkat. Tengok atas bawah macam nak jadikan menantu
Padahal yang perlu kita titikberatkan adalah mereka punya skill dan kelayakan
Hire Eksekutif Akaun tapi tiada langsung basic akaun. Ambil dia bekerja semata-mata sebab, budak tu, muka macam tak pandai melawan
Salah tu cik kak, cik abang 😅
2/ MAJIKAN TAK READY
Kita dah di offer kerja tapi meja pun takde lagi, kerusi lagilah tak nampak bayang 😂
Bukan kita jer pilih staff, staff pun akan pilih majikan. Kalau mahu staff bagus, kita pun kena jadi bagus dahulu
Staff masuk, sign offer letter dulu. Bukan setahun kemudian baru bagi. Serius lah korang, bz sangat
3/ JABATAN TAK READY
Majikan: Ok. Saya terima awak bekerja sebagai Eksekutif Akaun. Tiap-tiap bulan saya nak tahu untung rugi ye
Staff baru: Company ni rekod pakai apa boss? Software ke Excel?
Majikan: Tak pernah rekod dari dulu. Pandai-pandailah awak arrange semua. Saya harapkan awak
Staff baru: *Lunch ni aku cabut* 🤜🤪
+++++++++++++++++++
Gitulah sedikit sebanyak contoh situasi yang buatkan staff lari atau tak tunggu lama
Setiap hari adalah peluang untuk kita belajar dan berubah. Jangan sia-siakan 😉
0 Comments