Urus cukai elak cukai tinggi


Teks: Hazwani Abd Hamid


Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Nak jimat cukai syarikat memang mudah, sebab kebanyakkan belanja syarikat boleh mengurangkan cukai. 

5 cara mudah untuk uruskan cukai Sdn Bhd supaya tidak tinggi adalah:

1/ KUMPUL RESIT SECEPAT MUNGKIN

Cepat-cepat bagi resit kepada staff akaun atau kerani sebelum hilang tulisan atau sebelum anda terbuang resit penting ke dalam tong sampah

2/ RANCANG AMAUN CUKAI AWAL

Plan siap-siap berapa cukai nak bayar masa awal-awal tahun, baru plan perbelanjaan. Ini adalah cara yang sebetulnya dan lebih selamat

3/ BAYAR ZAKAT

Walaupun boleh tuntut 2.5% sahaja tapi keberkatan zakat tu jauh lebih besar. 

4/ RAIKAN PEKERJA

Beli komputer baru atau tukar meja dan kerusi baru. Beli aset boleh mengurangkan cukai

5/ TINGGIKAN SALES

Tambah sales, tingkatkan untung. Jika keuntungan boleh kena cukai rendah daripada RM70K, syarikat tetap dikenakan kadar 17% iaitu kadar yang lebih tinggi daripada Enteprise
 





Semoga bermanfaat!




Post a Comment

0 Comments