LIMA PERKARA PEMILIK BISNES WAJIB TAHU


Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Mahu atau tidak, merekod adalah satu aktiviti wajib bagi pemilik bisnes. Bagi yang berkemampuan, boleh gajikan Eksekutif Akaun dan mungkin juga "outsource" kepada mereka yang mahir merekod. Bagi yang tidak? Kebanyakkannya ambil tidak kesah kerana "malas" untuk fikir.


Kesannya, ramai dari pemilik bisnes yang tidak merekod terpaksa menanggung kesalahan ini sehingga perniagaan mereka terpaksa ditutup ataupun rugi teruk. Perlukah kita sampai di tahap ini baru kita nak lakukan semuanya dengan betul? Tepuk dada, tanya jiwa

Solusi merekod telah banyak ada di pasaran, cuma kita sahaja yang tidak mahu ambil tahu. Pemilik bisnes perlu berkemahiran dan berpengetahuan tentang banyak perkara, lebih-lebih lagi soal "survival" bisnes.

LIMA TIANG BISNES PEMILIK BISNES 




1/ Sumber Manusia
Setiap pekerja yang diambil pekerja perlu ada surat tawaran kerja, setiap dari mereka juga perlu dicarum bahagian pekerja dan majikan ke 3 tabung wajib iaitu KWSP, PERKESO, SIP


2/ Pemasaran
Bisnes hanya boleh berkembang jika dipasarkan dengan betul. Pemasaran perlu dilakukan secara rutin oleh pemilik bisnes ataupun pekerja yang diberi tanggungjawab tersebut. Pemasaran yang berterusan menjamin kestabilan nilai jualan dan nama baik perniagaan


3/ Khidmat Pelanggan
Bisnes tu bisnes juga, latih pekerja kita untuk layan pelanggan sebaik mungkin walaupun pelanggan tersebut tidak layak dilayan sebaik itu. Amalkan kesopanan melayu, semua orang akan suka. Beri salam dan tegur bila pelanggan masuk ke premis, berikan air minuman dan ucap terima kasih sebelum pelanggan keluar dari premis.


4/ Pengurusan
Bahagian pengurusan adalah bahagian yang bersangkut paut dengan undang-undang majlis. Pemilik bisnes perlu tahu bahawa papan tanda perlu dapat kelulusan sebelum dipamer, premis perlu ada lesen perniagaan dan premis juga tidak boleh sesuka hati "reserved" tempat letak kereta di parkir awam. Nampak kecil, tetapi masih juga kita tidak tahu


5/ Perakaunan
Pemilik bisnes sukakan duit bukan, tapi duit ini perlu dijinakkan dengan cara menguruskannya dengan baik. Tanpa pengurusan yang baik, duit ini ibarat; jinak-jinak merpati, nak ditangkap ianya lari. Ramai pemilik bisnes yang mula tidak senang duduk bila duit yang ada, tidak seperti yang diharapkan. Ini biasanya berlaku apabila, pengurusan kewangan perniagaan yang lemah. Perbelanjaan perniagaan masih sama walaupun jualan berkurangan.

Ambil tahu 5 tiang bisnes ini supaya kita benar-benar layak menjadi seorang pemilik bisnes.


Semoga bermanfaat!



Post a Comment

0 Comments