Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Kita asyik bercerita tentang persediaan Sdn Bhd untuk akhir tahun, tetapi ttidak ramai pun yang cerita tentang persiapan Enterprise menghadapi akhir tahun kan.
Jadi post ini saya dedikasikan kepada pemilik Enterprise, untuk lebih faham dan bersedia setiap kali akhir tahun.
Pemilik Enterprise adalah kategori perniagaan yang terdiri daripada Pemilik Tunggal dan Perkongsian. Bagaimana anda nak pastikan? Lihat sijil SSM anda.
TARIKH KERAMAT PEMILIK BISNES ENTERPRISE
1 Januari sehingga 31 Disember setiap tahun.
Ini adalah kitaran tahunan Enterprise, di mana setiap perniagaan mestilah merekodkan transaksi perniagaan mereka dari 01 Januari sehingga 31 Disember setiap tahun dan seterusnya melaporkan keuntungan atau kerugian mereka ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Tetapi, apakah perkara lain lagi yang perlu kita buat?
LIMA PERSEDIAAN TUTUP AKAUN
1. Dokumen bisnes mesti telah siap di filing
- Dokumen yang dah siap di filing barulah lega otak dan hati bila semuanya dah tersusun dan lengkap.
2. Zakat sudah cukup dibayar
- Zakat 2019 perlu dibayar pada tahun 2019. Ianya tidak akan dikira jika anda bayar pada 2020. Jadi apa nak buat? Bayar sedikit-sedikit pada tahun ini.
3. Rekod bisnes sudah nak siap direkod
- Mulalah rekod dari sekarang, nanti dah bulan 12 banyak transaksi kita dah mula lupa. Masuk awal tahun 2020, kita dah mula sibuk dengan perancangan tahun baru. Betul lah mak kita cakap; bertangguh tu tak helok ;)
- Macammana nak mula merekod? --> TEKNIK MEREKOD AKAUN
4. Resit-resit nak dapatkan pelepasan cukai dah disimpan rapi
- Kalau tahun ini kita dah keluarkan belanja yang diberikan pelepasan, kita simpan resit tu elok-elok. Kalau kita masih tak tahu apa pelepasan yang layak, cepat-cepat semak laman web LHDN. Kos anda membayar yuran perubatan ibubapa perlulah disimpan resitnya. Supaya nanti bila LHDN datang audit, kita tak "panas punggung" ^_^
5. Budget nak bayar cukai @ tax agent sudah diallocate awal-awal.
- Kalau kita rekod akaun setiap bulan, kita boleh estimate berapa banyak cukai yang bakal kita perlu bayar. Tarikh cukai perlu bayar adalah sama dengan tarikh akhir hantar borang cukai. Bayangkan kalau cukai kita tinggi tetapi kita tak allocate langsung kos tersebut. Itu yang ramai dari kita tak mampu nak bayar cukai, sebab mereka tidak merancang.
- Ada masalah akaun tahun-tahun lepas yang belum buat? Anda kena bersedia untuk tanggung kos yang tinggi dengan "outsource akaun" tetapi sekurang-kurangnya anda dapat kurangkan penalti yang bakal perniagaan anda perlu tanggung. Nak KHIDMAT OUTSOURCE? Klik DI SINI
Moga perkongsian ini dapat anda manfaatkan untuk persediaan akhir tahun ini.
Semoga Bermanfaat!
0 Comments