Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Bila ada rekod segala duit masuk dan duit keluar, baru anda tahu yang anda tidak bisnes syok sendiri dan untuk pastikan bisnes akan semakin bertambah baik.
Bagaimana ingin mula merekod, saya ada kongsikan dalam blog ini tiga cara iaitu:
i. Buku
ii. Excel
iii. Software
Di dalam perkongsian ini, saya kongsikan apa yang perlu ada rekod apabila menggunakan kaedah pertama iaitu buku. Anda boleh menggunakan apa sahaja buku seperti buku sekolah, kertas kajang mahupun buku nota biasa yang boleh didapati di kedai buku.
Tidak perlu buku lejer pun boleh mula merekod. Hanya mulakan dengan 6 buku dahulu
Maklumat yang anda perlu rekod di dalam buku tersebut adalah:
Buku Pertama
Buku Jualan - Rekod jualan anda setiap hari
Buku Kedua
Buku Kos Jualan - Rekod transaksi duit keluar untuk beli barang dari pembekal
Buku Ketiga
Buku Belanja - Rekod transaksi semua duit keluar selain duit yang anda gunakan guna beli barang dari pembekal
Buku Keempat
Buku Untung Rugi - Masukkan amaun buku pertama, kedua dan ketiga dengan menggunakan formula penyata untung rugi
Amaun Jualan - Amaun Kos Jualan - Amaun Belanja = Untung / Rugi
Anda rugi apabila nilai Kos Jualan dan Belanja melebihi
Buku Kelima
Buku Bank - Di sini anda perlu rekod duit masuk dan duit keluar seperti di dalam penyata bank.
Buku Keenam
Buku Tunai - Di sini anda perlu rekod duit masuk dan duit keluar semua berkaitan dengan duit tunai anda
Kaedah ini, saya perkenalkan kepada Usahawan OKU, JKM cawangan Shah Alam. Alhamdulillah mereka masih gunakan kaedah ini sampai sekarang.
Anda juga boleh mulakan
0 Comments