Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah.. Assalammualaikum..
Ini merupakan laporan kewangan yang paling famous bagi Usahawan. Di dalam laporan ini, kita mampu melihat untung atau rugi sesebuah perniagaan dalam satu tempoh perakaunan tertentu seperti sebulan, suku tahunan, setengah tahun mahupun satu tahun penuh.
Di dalam laporan kewangan ini ada TIGA terma perakaunan yang anda wajib faham iaitu JUALAN, KOS JUALAN dan PERBELANJAAN.
JUALAN perniagaan terdiri daripada jualan dan pendapatan lain. Ianya merujuk kepada apa yang perniagaan perolehi sewaktu proses urusniaga. Sebagai contoh pemilik butik, hasil jualannya adalah baju, tudung dan mungkin aksesori-aksesori lain.
KOS JUALAN pula adalah kos bagi menghasilkan barang jualan. Contoh pemilik butik tadi, kos jualan mereka adalah kos pembekal baju, tudung dan aksesori tadi. Tanpa kos ini pemilik tidak mungkin ada barang untuk jualan.
PERBELANJAAN adalah perbelanjaan bulanan yang ditanggung oleh anda walaupun tiada jualan pada bulan-bulan terlibat. Contohnya; gaji pekerja, sewa butik, bil elektrik dan sebagainya.
Sekiranya, Jualan kurang daripada Kos Jualan dan Perbelanjaan syarikat maka syarikat akan memperolehi Rugi Bersih. Manakala jika Jualan lebih daripada Kos Jualan dan Perbelanjaan, syarikat bakal memperolehi Untung Bersih.
Tajuk penyata ini adalah dengan menggunakan rangkai kata "Penyata Untung Rugi Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018"
Nilai untung atau rugi bersih ini akan dibawa ke "Penyata Kedudukan Kewangan" di ruangan "Retained Earning" untuk dibawa ke tahun hadapan.
Nilai di dalam penyata ini tidak akan dibawa kehadapan kecuali nilai untung atau ruginya dan baki stok akhir sekiranya ada.
Ini adalah laporan paling asas yang pendiri bisnes perlu buat supaya boleh tahu bisnes anda di mana. Cuba buat ye!
Ini adalah laporan paling asas yang pendiri bisnes perlu buat supaya boleh tahu bisnes anda di mana. Cuba buat ye!
Wassalam..
0 Comments