MANFAAT URUS AKAUN BISNES SENDIRI

Teks: Hazwani Abd Hamid


Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Kita lebih prefer urus akaun bisnes kita sendiri bila bisnes kita bisnes kecil, untung pun cukup-cukup bayar overhead. Kita prefer urus akaun bisnes kita sendiri bila kita ada pekerja yang boleh diharap, kita mampu nak lihat progress dan status akaun pada bila-bila masa. Kita juga lebih puas hati bila urus sendiri sebab kita dapat maklumat dengan cara yang kita mudah nak lihat.


Banyak sebenarnya manfaat bila kita urus akaun bisnes kita sendiri, jom saya kongsikan:




MANFAAT PERTAMA - CASHFLOW CANTEK


Cashflow bisnes kita lebih mudah dikawal dan kita tidak perlu risau bila tiada data dalam tangan. Sebab apa? Sebab yang nak jalan bisnes hari-hari kita. Takkan kita nak meraba-raba dalam terang.

Bila kita urus sendiri, kita boleh standby awal kalau duit tak cukup. Kita boleh ada back-up plan sebelum akhir bulan. Kalau orang lain buatkan, tahun depan baru boleh nampak cashflow. Masa tu data dah basi.

Apa yang kita nak track? Duit keluar masuk melalui BANK & TUNAI. Tunai yang paling crucial. Macam mana nak jaga? Back to basic; DISIPLIN, DISIPLIN, DISIPLIN. Kalau kita kurang berdisiplin, macammana nak jadi contoh kepada staff 


MANFAAT KEDUA -  SUCI HARTA

Bila cakap tentang berkat, ianya perlu dari cara kita buat marketing, deal dengan customer, dapat payment, lepas tu ambil gaji. Itu sebab kita sendiri kena urus akaun bisnes kita setiap bulan, supaya bila ada perkara yang Dia murka kita cepat-cepat muhasabah diri. Kita cepat-cepat perbetulkan.

Bila kita yang rekod, kita sedia maklum bahawa menipu itu berdosa. Jadi kita akan rekod dengan jujur. Akhirnya, jumlah cukai dan zakat kita akan betul. Habis suci semua harta kita dan perniagaan kita.

Bila bisnes dan besar, boleh latih pembantu. Allocate kerja-kerja yang mudah dahulu dan pastikan dia ikut SOP yang kita telah sediakan awal-awal lagi.

Ok ke Ok? Bayar zakat tak?


MANFAAT KETIGA - CIPTA PELUANG

Orang kata sekarang ini tiada lagi istilah rebut peluang, siapa cepat dia dapat. Tapi ini zaman, kita yang cipta peluang. Bila kita ada figure untuk dibandingkan, minda usahawan kita akan jadi lebih kreatif. Ketakutan dan rasa tak sure boleh membunuh kreativiti kita. Bukan sahaja susah untuk cipta peluang, malah rebut peluang lagilah sukar.

Pengurusan akaun yang baik membantu kita melihat masa depan perniagaan dengan lebih jelas. Tahun 2019 nak mula dah, rancang kalendar tahunan anda dari sekarang. Set target bulanan, kawal perbelanjaan, buat persediaan rapi untuk bulan-bulan yang tinggi permintaan, hantar staff polish skill sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

Rangkaian restoran Mohd Chan Abdullah menghantar pekerja mereka untuk kursus pengendalian makanan DUA KALI SEBULAN. Lihat hasilnya, kualiti makanan sama di setiap cawangan.

Anda cipta peluang atau rebut peluang? ^_^



Semoga Bermanfaat!




Post a Comment

0 Comments