Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah.. Assalammualaikum..
Setelah kita menyediakan laporan kewangan, kita mampu menggunakan kedua-dua laporan tersebut untuk menganalisis potensi semasa syarikat. Tujuan analisis kewangan dibuat adalah untuk matlamat berikut:
- Membolehkan pihak pengurusan mengawal dan mengurus aktiviti perniagaan dengan lebih cekap.
- Membantu pihak bank membuat keputusan tentang kemudahan kredit yang dipohon.
- Membantu pihak pelabur membuat keputusan yang berkaitan dengan pelaburan.
- Membolehkan pihak pemiutang menilai kemampuan perniagaan membayar balik hutang.
Ada 3 jenis nisbah dalam analisis penyata kewangan iaitu Nisbah Keberuntungan, Nisbah Kecairan & Nisbah Kecekapan.
NISBAH KEBERUNTUNGAN
Nisbah keberuntungan mengukur kemampuan perniagaan untuk memperoleh keuntungan.
PERATUS UNTUNG KASAR ATAS KOS JUALAN
Ianya mengukur peratus penambahan pada kos barang niaga untuk mendapatkan harga jualan. Semakin tinggi peratus, semakin berkesan pengawalan kos jualan.
Cara pengiraan:
Untung Kasar
____________ X 100%
Kos Jualan
PERATUS UNTUNG KASAR ATAS JUALAN
Ianya mengukur keberkesanan harga dan dasar pembelian syarikat. Semakin tinggi peratus, semakin baik.
Untung Kasar
____________ X 100%
Jualan Bersih
PERATUS UNTUNG BERSIH ATAS JUALAN
Ianya mengukur keberkesanan pengurusan kos operasi atau kecekapan operasi perniagaan. Semakin tinggi peratus, semakin berkesan kecekapan operasi perniagaan dari segi pengurusan kos dan perbelanjaan.
Untung Bersih
____________ X 100%
Jualan Bersih
PULANGAN ATAS MODAL
Mengukur peratus untung bersih bagi setiap ringgit modal yang dilaburkan. Ini dapat menunjukkan samada untung pada sesuatu tahun itu memuaskan atau tidak. Kadar pulangan yang tinggi adalah lebih baik kerana ia menunjukkan keberkesanan pengurusan pelaburan.
Untung Bersih
____________ X 100%
Modal Awal
NISBAH KECAIRAN
Nisbah kecairan pula digunakan untuk mengukur keupayaan perniagaan dalam membuat pelbagai jenis pembayaran kepada pembekal dan pinjaman bank. Ianya mampu menunjukkan keadaan mampu bayar sesebuah perniagaan.
NISBAH SEMASA
Mengukur kemampuan perniagaan untuk menjelaskan semua liabiliti semasanya. Lebih besar nisbah aset semasa berbanding liabiliti semasa, lebih kukuh keadaan kewangan perniagaan. Nisbah yang lazim diterima adalah 2:1, sekiranya kurang ianya dianggap kurangan modal kerja iaitu syarikat tidak mampu menjelaskan liabilitinya.
Sekiranya lebih juga tidak baik kerana ianya menunjukkan bahawa terlalu banyak modal terbiar dalam bentuk wang tunai atau terikat dengan Inventori
Aset Semasa
Liabiliti Semasa
NISBAH UJIAN ASID
Mengukur kemampuan perniagaan membayar liabiliti semasa dalam jangka masa yang pendek tanpa menjual inventorinya. Inventori tidak diambil kira kerana ia sukar ditukarkan kepada bentuk tunai dengan segera.
Aset Semasa - Inventori Akhir
Liabiliti Semasa
Sambungan ke NISBAH KECEKAPAN untuk POST seterusnya.
0 Comments