Apa Perlu Buat Bila Sudah Upgrade ke Sdn Bhd

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah.. Assalammualaikum..

Ruang Menarik Amani Academy

Tergerak pula hati untuk berkongsi tentang fenomena upgrade Sdn Bhd hari ini. Memang bagus bila ramai yang upgrade ke Sdn Bhd setelah lama berjalan dengan label Enterprise tetapi ada beberapa perkara yang menjadi isu dan akhirnya memberi kesan yang buruk kepada label perniagaan yang baru tersebut iaitu Sdn Bhd.

Saya kongsikan 4 PERAKARA AWAL yang anda harus SELESAIKAN apabila upgrade ke Sdn Bhd.


WAR-WARKAN PENUKARAN LABEL SENDIRIAN BERHAD

Sebelum proses upgrade, war-warkan dahulu kepada pelanggan dan pembekal sediaada tentang perubahan ini. Ini bagi membolehkan kita membuat persiapan sekiranya ada prosedur-prosedur tertentu yang perlu kita buat.


DAFTAR AKAUN BANK SENDIRIAN BERHAD

Apabila telah daftar dengan label baru, uruskan perkara ini dahulu iaitu daftar akaun bank syarikat dan mula proses peralihan Invois baru secara berperingkat, mengikut kepada prosedur-prosedur jika ada. 

ASINGKAN SOP SYARIKAT

Sekiranya, syarikat Enterprise masih berjalan asingkan segala SOP & filing yang berkenaan antara keduanya dengan tegas dan istiqamah. Perkara ini paling sukar sekiranya anda tidak mampu istiqamah untuk  6 bulan yang pertama. Kedua-dua syarikat ini perlu dilayan umpama 2 syarikat yang berbeza.

LANTIK AKAUNTAN, JURUAUDIT & AGEN CUKAI

Lantik individu ini lebih awal supaya mereka boleh bantu anda untuk persiapan akhir tahun yang lebih baik. Tidak semua perkara kita boleh lakukan sendirian, lebih-lebih lagi apabila syarikat telah upgrade ke label Sendirian Berhad.

Entri berikutnya saya akan kongsikan perkara yang tidak boleh kita lakukan setelah Upgrade ke Sendirian Berhad.

Jumpa lagi

Semoga Bermanfaat!



Post a Comment

2 Comments

  1. As Salam,

    Saya Addy.

    Terima kasih untuk blog ni.

    Boleh saya tahu siapa pula yang akan selesaikan KWSP dan SOCSO untuk syarikat Sdn Bhd?

    Akauntan, Setiusaha Syarikat, Juruaudit atau Ejen Cukai?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..

      Untuk pendaftaran boleh buat sendiri atau hire Co Sec untuk buatkan.

      Delete