Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Usahawan di Malaysia tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, di mana sehingga Ogos 2017, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menerima 57,072 permohonan pendaftaran untuk memulakan perniagaan.
Untuk bermula, anda yang mendaftarkan perniagaan di bawal label enterprise harus tahu 5 perkara penting berikut:
PEMILIK TUNGGAL & RAKAN KONGSI
Anda yang berdaftar dengan Pendaftar Perniagaan merupakan PEMILIK syarikat jika didaftarkan dengan nama seorang, manakala digelar RAKAN KONGSI apabila berdaftar dengan nama pemilik lebih dari seorang. Berbeza dari jenis syarikat Sendirian Berhad, anda digelar Pemegang Saham Syarikat.
GAJI PEMILIK PERNIAGAAN
Duit yang di ambil daripada perniagaan jenis milikan tunggal akan di kira sebagai ambilan pemilik. Jika direkodkan sebagai gaji, ianya tidak boleh dikira untuk pengiraan cukai kerana perlu ditambah balik. Duit perniagaan adalah duit pemilik, tiada pengisytiharan gaji pengarah atau pengurus jika anda membayar gaji kepada diri sendiri.
BORANG CUKAI
Sebagai pemilik perniagaan tunggal dan perkongsian, cukai anda adalah tertakluk kepada cukai perniagaan dan bukannya cukai pendapatan. Ianya dikira daripada jumlah pendapatan bercukai anda dan perlu menghantar BORANG CUKAI B (individu yang menjalankan perniagaan). Manakala Sdn Bhd pula melihat kepada berapa jumlah gaji yang ambil dalam syarikat, itu dinamakan Cukai Pendapatan.
HUTANG SYARIKAT
Pemilik perniagaan perlu bertanggungjawab terhadap semua hutang piutang syarikat walaupun syarikat telah tutup operasi perniagaan. Ini kerana pemilik menanggung liabiliti tidak terhad dan perlu membayar hutang tersebut walaupun menggunakan duit peribadi dan jika pemilik meninggal dunia, maka hutang piutang tersebut turut tidak dapat dituntut.
TIDAK PERLU DIAUDIT
Syarikat di bawah label enterprise tidak perlu diaudit. Tiada undang-undang yang mensyaratkan anda perlu di audit setiap tahun. Anda perlu jelas perkara ini sebelum ada orang lain yang mengambil kesempatan. Tanggungjawab syarikat Enterprise adalah memperbaharui lesen perniagaan setiap tahun di SSM, menyediakan laporan kewangan dan menyerahkan borang cukai yang berkenaan kepada LHDN. Ada dijelaskan selanjutnya di dalam Topik: Asas Akaun Bisnes.
Ilmu ini jarang dikongsi secara umum, ramai yang yang terhantuk dinding bertahun-tahun sebelum tahu kebenarannya. Moga jadi panduan mereka yang baru mahu bula bisnes.
Semoga Bermanfaat!
0 Comments