Cara Rekod Jurnal KASTAM

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah.. Assalammualaikum

Baru-baru ini. saya dapat pertanyaan dari pelawat blog. Jadi, saya jawab ia dalam post ini. Semoga membantu ye.


Setelah selesai merekod akaun, anda perlu semak sekali lagi rekod sebelum boleh merekod jurnal. Ianya adalah rekod akhir untuk tentukan jumlah yang kita perlu bayar ke Kastam atau jumlah bayaran balik.

Apabila cukai output melebihi cukai input, maka anda perlu membuat bayaran perbezaan itu kepada KASTAM. Jika sebaliknya, anda akan menerima bayaran balik dalam masa 14 hari bekerja.

Ikutilah langkah berikut:

  1. Wujudkan satu kod akaun khas untuk Liabiliti - KASTAM.
  2. Rekod jurnal seperti dalam gambar. Ambil amaun dari lejer cukai input & output. Pastikan period GST anda adalah betul. Contohnya: April - June 2015.
  3. Apabila bayaran dibuat atau bayaran diterima. Kontra ke akaun yang sama iaitu Liabiliti - Kastam. Sila rujuk gambar.
Cukai Input melebihi Cukai Output

Syarikat menerima bayaran balik dari KASTAM

Selamat mencuba dan Semoga bermanfaat!






===============================

PROMO - GROUP COACHING
KURSUS MYOB (FREE GST MODULE) 
Whatapss 0179895898 untuk pendaftaran

Post a Comment

19 Comments

  1. terima kasih saudari hazwani, sgt membantu sy. sebelum ni akauntan luar yg akan rekodkan segala data2 entry company. skrg, akauntan tu dh berhenti.. sy kena uruskan jg bah rekod data entry ni :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Semoga urusan Cik Puan Farhain dipermudahkan.

    ReplyDelete
  3. salam,
    thanks info ye.
    cuma blh terangkan x entry utk gst rekot dlm pnyata n kunci kira2. debit apa kredit apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Journal 1:
      Dr Output Tax
      Cr Input Tax
      Dr/CR GST Payable/GST Claimable

      Sesetengah software, kita perlu rekod sendiri journal diatas.

      Journal 2:

      Dr GST Payable
      Cr Bank

      Semoga membantu!

      Delete
  4. salam.. bagi merekod untuk gst payable iaitu yg sudah di bayar kepada kastam dan ape perlu dibuat utk balance di balance sheet.. harap dapat memberi tunjuk ajar tentang merekod gst payable...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, sila refer jawapan saya di penanya ke-2 ye.

      Tq

      Delete
    2. Salam ,saya nak tanya adakah gst yang dibayar ke kastam boleh dikategorikan sebagai belanja (penyata untung rugi) atau adakah dikelaskan sebagai liabliti (imbangan duga)..Mohon pencerahan..Terima Kasih

      Delete
  5. Assalam....saya ingin bertanya, saya guna software account MYOB...saya nak buat pembayaran kepada kastam....output tax lebih besar dari input tax.....dalam myob ..previous staff buat coding acc. 2(liabiliti)....input tax..output tax....apa entry untuk bayaran kepada kastam..saya nak buat bayaran tuk period jan- march 2017......input tax(under liabiliti) debit side, output tax (liabiliti) credit side.....so saya kene buat journal ker untuk pembayaran kepada kastam......dr output tax, cr input tax, cr bank...betul ker..saya ragu2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam MH Perio, buat jurnal seperti yang post di atas. Kena create akaun Liabiliti GST Payable. Jadi apabila payment dibuat boleh pilih akaun tersebut.

      Delete
  6. account previous carca marba....hehhe...saya baru berjinak dgn gst ni....ada x ttg cara daftar company baru utk gst ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daftar GSt untuk syarikat baru ke? Mudah. Hanya ke website GST Kastam, ikuti panduan yang diberikan dan jangan lupa print sebagai rujukan kemudian nanti.

      Delete
    2. Salam.saya nak tanya, jika nilai input tax melebihi output tax,bagaimana cara merekodkan di dalam jurnal?? sekiranya saya memilih untuk carry forward nilai input tax tersebut.dan apabila saya membuat pembayaran ke kastam untuk bulan berikut saya boleh menolak dr nilai input tax itu.

      Delete
    3. Salam Farah,

      Saya akan buat posting khas untuk soalan ini. Tunggu ye.

      Delete
  7. Assalamualaikum.
    Boleh ke kita claim invoice input yg mana invoce tax (jumlah nya telah termasuk GST)? CTH: sykt mengisi minyak lori diesel di Petron pum station dgn menerima invoice tax Rm100.00 caj termasuk gst.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye boleh Puan. Jika guna software tick pada option tax included.

      Delete
  8. salam, nak tanya. output tax dan input tax diklass kan dalam mane? pnl ke bs?

    ok. jika Sales dan di key in amount after tax dan purchase dan expenses juga key in after tax.. cam mane transaksi utk gst?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sunflower,

      Output Tax & Input Tax adalah Item Liability (Balance Sheet)

      Jika amaun sales & purchase termasuk GST anda kena GROSS kan value tersebut supaya kita dapat nilai GST.

      Cthnya:

      Price After GST / 1.06 = RM 100 * 1.06 = RM 94.34

      Dr Debtor RM100.00
      Cr Sales RM94.34
      Cr Output Tax RM 5.66

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Sy harap cik/puan bole share cara nak rekod SST dan pmbyaran SST mggunakan MYOB software..

    ReplyDelete