POST GST

Bismillah..

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Bulan lepas saya ada menghadiri taklimat setengah hari POST-GST di SACC Mall, Shah Alam yang dianjurkan oleh Duta Events Sdn Bhd. Saya kongsikan beberapa poin penting ketika pembentangan oleh pihak KASTAM dari Bahagian Pendaftaran dan juga Audit.

Jika kita adalah individu yang bertanggungjawab tentang hal ehwal GST, makanya kita adalah orang pertama yang perlu peka terhadap perkara berikut:

  1. Jika berlaku kesilapan dalam laporan kastam bulan-bulan terdahulu, anda WAJIB mengemukakan Borang Pindaan.
  2. Awas perkara yang berkaitan "BLOCKED INPUT TAX". Ada 7 jenis cukai input yang tidak boleh dituntut.
  3. Dokumen asal WAJIB disimpan walaupun anda telah simpan secara "SOFT COPY"
  4. KASTAM akan melakukan taksiran secara Automatik jika Syarikat tidak menghantar Borang GST-03
  5. Guna sistem software yang diiktiraf dan pastikan anda benar-benar mahir.
  6. KASTAM dalam proses mengaudit syarikat-syarikat yang "BERTUAH" untuk mengesan mereka yang tidak mendaftar dan juga yang menghantar taksiran yang salah.
Blocked Input Tax
Biarpun GST masih lagi baru, dilihat aktiviti penguatkuasaan sangat giat dijalankan. Untuk kekal dalam industri dan memperoleh keuntungan, kita perlu lebih fokus dalam memahami undang-undang GST. Di samping itu, jangan kedekut untuk mengeluarkan sedikit pelaburan untuk sistem dan menggajikan yang pakar.

Mungkin mereka juga akan melakukan kesilapan, sekurang-kurangnya mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Mana tidaknya, mereka juga baru dalam isu GST. Sama-sama kita gembleng tenaga untuk pastikan rekod dan dokumen akaun disimpan rapi bagi memudahkan pakar memasukkan data ke dalam sistem perakaunan.

Semoga Bermanfaat!

Wani Hamid


Post a Comment

0 Comments