Berkongsi ilmu dan pengalaman tentang akaun serta pengurusan bisnes.

Faham akaun. Urus kerja dengan lebih teratur.

Salam perkenalan, saya Hazwani Abd Hamid. Panggil saya Coach Wani.

Saya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari UKM, dengan pengalaman dalam pengurusan perakaunan, pentadbiran dan perniagaan.

Di sini saya berkongsi ilmu, pengalaman dan panduan praktikal tentang akaun serta pengurusan bisnes dalam bahasa yang mudah difahami.

Saya juga mengendalikan latihan untuk pemilik bisnes dan pekerja akaun—daripada memahami asas sehingga mengurus tugasan harian dengan lebih tersusun.

Pilih Kod GST Yang Betul

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah.. Assalammualaikum,


Sihat hari ini? Saya semalam nak mula demam tapi gagahkan juga sihat untuk selesaikan amanah yang digalas. Oleh sebab itu, saya hanya sempat beri 2 Tips ringkas untuk para peniaga di luar sana. Tidak kiralah bisnes apa, amalannya tetap sama cuma pelaksanaan atau terma yang membezakannya.

Baca & amal ye :)

  • Amalan prosedur perniagaan yang betul dapat memastikan perakaunan anda direkodkan dengan tepat. Elakkan amalan mengeluarkan "payment voucher" untuk transaksi Online untuk esok hari ataupun merekod caj pemprosesan cek yang belum jelas sebelum tarikh penjelasan. Ini akan memberi kesan kepada amaun input tax anda.

  • GST item atau kod GST dalam software dikaitkan secara automatik oleh sistem dan akan digunapakai untuk pengiraan baki GST perlu bayar atau baki GST dibayar balik. Elakkan dari melakukan apa-apa jurnal untuk pindaan walau apa jua sebabnya, kerana, ini akan meningkatkan risiko kesilapan dalam pengeluaran laporan GST anda.

Semoga Bermanfaat!


Catat Ulasan

0 Ulasan