Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah.. Assalammualaikum..
Siang tadi menziarah klien bulanan di Mont Kiara, isu yang hangat adalah isu GST. Banyak yang perlu disediakan sebelum GST bermula iaitu pada April 2015 nanti. Macam-macam jugak dalam fikiran sebab perkara ni first time. Lainlah kalau mereka pernah membayar cukai perkhidmatan atau cukai jualan sekarang.
5 Tips Untuk Perisai Diri ke Era GST:
1. BELI SOFTWARE SENDIRI
Syarikat yang berdaftar dengan KASTAM akan dapat rebat untuk pembelian software. Walaupun rebat ini hanya retorik semata-mata, lebih elok jika perniagaan anda ada software sendiri. Mudah untuk keep track walau bertukar pekerja atau freelancer. Ingat! rekod perniagaan perlu disimpan selama 7 tahun sebelum berniat untuk dilupuskan. Pastikan juga software itu diluluskan oleh KASTAM.
2. PEKERJA BERPENGALAMAN
Upah pekerja atau freelancer yang betul-betul berpengalaman dalam bidang akaun dan GST supaya anda tidak menghadapi masalah jika ada berlaku kesilapan yang dibuat oleh mereka.
3. BACA BUKU
Cari/gali ilmu tentang GST. Lakukan persediaan mengikut saranan pihak KASTAM. Sebagai contoh: Anda perlu submit GST sebulan sekali, maka buat prosedur kerja untuk memastikan pengiraan & pembayaran GST dapat disiapkan sebelum tarikh tutup. Selain itu, invois perlu mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh KASTAM. Mula dari sekarang untuk cetak "TAX INVOICE" sebelum April 2015.
4. FAIL SEMUA DOKUMEN
Mulakan sistem fail yang betul dan lengkap. Kalau masih mempunyai attitude atau sikap "M", upah sahaja. Cuma pastikan staff yang dipertanggungjawabkan itu tahu cara fail yang betul.
5. WAJIB -vs- SUKARELA
Adalah WAJIB bagi syarikat yang mempunyai "turnover" melebihi RM500K keatas untuk berdaftar dengan KASTAM. Untuk yang lain jatuh dibawah kategori "sukarela". Bergantung kepada jenis bisnes anda, jika dalam rangkaian ada melibatkan urusniaga GST, saya sarankan anda daftar. Jika tidak, anda tidak boleh "claim" GST yang dibayar. Rugi..rugi..
P/S: cadangan saya ni terpakai untuk peniaga kecil bagi meringankan beban fikiran mereka..mungkin tidak sesuai untuk pihak-pihak lain
Ada tips lain? Meh kongsi sesama..
Semoga Bermanfaat!
0 Comments